wrapper

Berita Terkini

الخميس 14 صفر 1442   |   Friday 02 October 2020


HULU SELANGOR - IKRAM Hulu Selangor dengan kerjasama Ihsan Care Berhad telah membuka Pasar Raya Ihsan bermula 2 Januari lalu.

Dirasmikan oleh Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad pada 28 Disember tahun lalu, pasar raya ini dibuka bagi membantu golongan asnaf di samping menawarkan barangan keperluan asas untuk masyarakat setempat.

 

"Pasar raya ini mungkin pasar raya IKRAM yang pertama di Malaysia," kata Yang Dipertua IKRAM Hulu Selangor, Ustaz Dr Muhammad Azhar Zailani.

 

Menurutnya, Pasar Raya Ihsan menjual barang-barang keperluan harian dan bagi asnaf yang berdaftar dengan pihaknya, mereka akan menerima diskaun 50 peratus bagi belian RM200 sebulan. 

 

Beliau berharap agar operasi pasar raya ini akan berjaya dan menjadi contoh kepada IKRAM kawasan lain dan pelbagai pihak bagi tujuan kebajikan kepada golongan asnaf di samping memenuhi keperluan masyarakat setempat.

 

Di samping memberikan bantuan, tambahnya, IKRAM Hulu Selangor juga menyusun pelbagai program pembangunan diri untuk golongan asnaf seperti program ceramah, pengisian dan sebagainya.

 

"Melalui program-program itu, kita akan salurkan bantuan," jelasnya.

 

Pasar Raya Ihsan beralamat di No. 21/G, Jalan Adenium 2G/6, Pusat Perniagaan Adenium, Bukit Beruntung yang bersebelahan dengan Pejabat IKRAM Hulu Selangor.

 

Pasar raya ini beroperasi pada Isnin hingga Ahad (Jumaat tutup) bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Last modified on Friday, 10 January 2020

4 Comments

  • Comment Link Roosmawaty Ibrahim Friday, 10 January 2020 13:06 posted by Roosmawaty Ibrahim

    All the best. Semoga semua usaha dberkati Allah. Tahniah! semoga kawasan lain dpt mencontohinya.
    Salam ukhuwwah. Ukhuwwah teras kecemerlangan.

  • Comment Link Rohaizan Saturday, 11 January 2020 21:59 posted by Rohaizan

    Terbaik Ikram & pasaraya Ihsan.
    Semoga sukses hendaknya.

  • Comment Link Abdul Malek Tuesday, 14 January 2020 13:07 posted by Abdul Malek

    Tahniah , moga maju berkembang

  • Comment Link cheelia Wednesday, 10 June 2020 22:34 posted by cheelia

    Louer Levitra https://viacialisns.com/ - Cialis Cialis Prix En Pharmacie Marseille is there a generic cialis available Propecia Long Term

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!