wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 24 جمادى الثانية 1441   |   Tuesday 18 February 2020

SERI KEMBANGAN - Berpegang dengan etika yang tinggi, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menolak sebarang pelantikan pegawai awam secara tidak betul walaupun ia adalah untuk ahlinya sendiri.

“Sebagai organisasi yang berpegang dengan piawaian etika yang tinggi dalam nilai-nilai Islam, IKRAM menolak sebarang pelantikan pegawai awam secara tidak betul walaupun ia adalah untuk ahli IKRAM,” tegas Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan media pada Isnin.

 

Tambahnya, IKRAM mempromosi semangat patriotisme dalam kalangan ahli dan masyarakat, yang mana ahli-ahlinya yang berkhidmat untuk negara adalah kerana kelayakan mereka.

 

“Oleh itu, sekiranya ada ahli IKRAM diseru untuk berkhidmat kepada negara kita yang dikasihi, ia adalah berdasarkan kepada kelayakannya (merit) sendiri dan juga sebagai menyahut seruan patriotisme selaras dengan nilai-nilai kami.

 

“Kami percaya perkara yang sama berlaku kepada mana-mana ahli NGO yang berkongsi nilai yang sama di negara kita,” jelas beliau.

 

Seperti yang termaktub dalam konsep Negara Rahmah, menurut Dr Parid, kompetensi dan integriti dalam kepemimpinan dan kerajaan yang berdasarkan semak dan imbang yang berkesan adalah sebahagian daripada nilai-nilai teras yang IKRAM berpegang teguh dengannya.

 

Katanya, Pertubuhan IKRAM Malaysia komited dalam pembinaan negara dan akan terus memainkan peranannya.

 

“Dengan melakukan demikian, kami mempromosikan perkongsian dan muafakat yang kukuh antara pelbagai pemegang taruh, tanpa mengira kaum atau agama.

 

“Kami bersedia berkhidmat untuk negara dengan memberi sumbangan yang terbaik mengikut kadar kemampuan kami,” ujarnya.

 

Pendirian IKRAM ini ditegaskan ekoran tuduhan liar sebuah portal berita dalam talian bahawa mantan Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik telah melantik seramai 26 Naib Canselor universiti awam dalam kalangan ahli IKRAM untuk menyebarkan fahaman Islam yang radikal.

 

Kenyataan penuh (BI): http://bit.ly/ikram-servethenation

Kenyataan penuh (Terjemahan BM): http://bit.ly/ikram-khidmatnegara

Last modified on Wednesday, 22 January 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!