wrapper

Berita Terkini

الإثنين 13 شعبان 1441   |   Monday 06 April 2020

KUALA LUMPUR - Suasana harmoni mewarnai Majlis Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2020 pada Jumaat lalu melibatkan pelbagai kaum di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Kwo di sini.

Sambutan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Pn Teo Nie Ching dengan kehadiran Ketua Unit Pendidikan UNESCO Jakarta, Dr Mee Young Choi.

 

Dalam ucapan perasmian, beliau berkata, program seperti Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa amat penting dalam usaha meningkatkan perpaduan antara rakyat Malaysia.

 

"Kita hidup dalam negara yang rakyatnya berbilang agama, berbilang bangsa, berbilang bahasa dan budaya," ujarnya kepada kira-kira 200 hadirin.

 

Katanya, Kementerian Pendidikan sentiasa memberikan peluang kepada rakyat untuk mendapat pendidikan terbaik yang ditawarkan termasuklah pendidikan dalam bahasa ibunda.

 

Tambahnya, ia dapat dilihat melalui penawaran program ijazah sarjana muda perguruan untuk SJK Cina dan SJK Tamil telah ditingkatkan pada tahun ini berbanding tahun lalu.

 

"Peningkatan penawaran ini menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan mementingkan pendidikan bahasa ibunda dan kita memikirkan keperluan-keperluan guru-guru bahasa ibunda pada masa hadapan. Namun, kita menyanjung Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan," jelas Teo Nie Ching.

 

Selain pameran lukisan dan esei dalam bahasa ibunda, Majlis Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2020 diserikan dengan Deklarasi Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa oleh enam wakil kaum, persembahan tarian Bidayuh 'Rajang Beuh', nyanyian lagu-lagu perpaduan dalam bahasa Kadazandusun, alunan merdu seruling Orang Asal suku Semai, pensol dan deklamasi sajak Usman Awang 'Bahasa Bonda' dalam enam bahasa.

 

 

Meraikan penyertaan anak muda, forum 'Bahasa Ibunda 2020: Apa Peranan Milenial?' telah berlangsung menampilkan empat wakil kaum sebagai panelis iaitu Dr Daniel Iqram (IKRAM), Wong Yan Ke (KLSCAH), Lavaniya Nagarajan (Tamil Foundation) dan Shaniera Seliman (The Center for Orang Asli Concerns - COAS) serta moderator Khadijah Khalid.

 

Masing-masing berkongsi situasi dan cabaran setiap kaum untuk mengekalkan penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan anak muda serta berkongsi inisiatif serta peranan mereka untuk mempertahankannya.

 

Pengarah Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2020, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohd Nor merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bekerjasama serta menaja bagi menjayakan sambutan pada tahun ini.

 

Penganjur utama sambutan ini ialah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Tamil Foundation, LLG Culture & Development, Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

 

Ia turut mendapat kerjasama Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Merdeka University dan The Association of Graduate Universities & Colleges in China, Malaysia (Liu Hua).

 

Ia juga dijayakan oleh rakan strategik sambutan iaitu The Malaysia National Commisssion of UNESCO (NATCOM Malaysia), Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN).

Last modified on Monday, 24 February 2020

1 Comment

  • Comment Link StepBut Tuesday, 24 March 2020 21:29 posted by StepBut

    Buy Diflucan Without No Prescription Vetrinary Cialis Viagra Tabletten Wirkung cialis generic tadalafil Comprar Cialis En Vina Del Mar

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!