wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 12 صفر 1442   |   Tuesday 29 September 2020


SERI KEMBANGAN - Keputusan mesyuarat kabinet pada Rabu lalu telah memutuskan hanya sembilan industri diberi kelonggaran untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

 Berikut adalah senarai sektor pengilangan dan perkhidmatan yang dibenarkan:

 

1. Industri automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya - CBU, peralatan dan komponen serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

 

2. Industri mesin dan peralatan

 

3. Industri aeroangkasa

 

4. Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan:


(i) Projek di mana Kontraktor G1-G2 sebagai kontraktor utama

 

(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90 peratus ke atas

 

(iii) Kerja-kerja terowong

 

(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan

 

(v) Kerja-kerja cerun

 

(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak

 

(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan haiwan perosak lain

 

(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya

 

(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas

 

(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja

 

(xi) Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang bandar, juru-ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan.

 

5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) - (hanya terhad kepada: perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak dan gas; aktiviti aktviti R&D berkaitan COVID19; makmal-makmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja).

 

6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada Traditional and Complementary Medicine (TCM) berdaftar atau pengamal TCM).

 

7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

 

8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

 

9. Perkhidmatan dobi (servis penuh dan bukan layan diri)

 

Syarikat-syarikat dalam sektor-sektor tambahan yang disenaraikan boleh membuat permohonan beroperasi kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula Isnin, 13 April 2020 dari jam 9.00 pagi.

 

Semua permohonan beroperasi mestilah dibuat secara atas talian di laman sesawang MITI, www.miti.gov.my.

Last modified on Saturday, 11 April 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!