wrapper

Berita Terkini

الخميس 14 صفر 1442   |   Friday 02 October 2020

SERI KEMBANGAN - Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (PFM), Amrahi Buang memohon kerjasama pihak berkuasa mengiktiraf peranan kumpulan ahli farmasi sebagai salah satu petugas barisan hadapan yang penting sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

“Sepanjang pelaksanaan PKP bermula 18 Mac lalu, terdapat beberapa insiden tidak diingini berlaku membabitkan beberapa ahli farmasi atau pengusaha farmasi swasta, hanya disebabkan salah faham pihak berkuasa terhadap peranan mereka.”

 

Beliau berkata, saranan itu dibuat susulan banyak pihak memandang rendah sumbangan atau peranan ahli farmasi kepada masyarakat termasuk ahli farmasi yang bekerja dengan pusat perubatan dan hospital kerajaan.

 

“Kerjasama pihak berkuasa yang menjalankan sekatan jalan raya sepanjang PKP di seluruh negara juga sangat diharapkan bagi memudahkan ahli farmasi melalui akses laluan kecemasan untuk ke tempat kerja,” ujar beliau lagi.

 

Tambahnya lagi, menghormati keperluan kerajaan, pihak persatuan sendiri turut menasihati semua ahli farmasi menyiapkan dokumen-dokumen diperlukan termasuk surat pengesahan ahli farmasi untuk memudahkan rujukan pihak keselamatan sewaktu melalui sekatan jalan raya.

 

"Kadangkala perkara ini berlaku disebabkan kegagalan pihak berkaitan memahami skop pelaksanaan PKP oleh kerajaan secara keseluruhan di mana perkhidmatan farmasi terpilih sebagai salah satu perkhidmatan perlu (essential) sejak PKP fasa pertama lagi.”

 

Menurutnya, ramai yang tidak menyedari ahli farmasi dan pengusaha farmasi swasta juga bertungkus lumus memastikan orang awam menerima alternatif bekalan perubatan diperlukan selain hospital dan klinik bagi penyakit tidak berkaitan COVID-19.

 

"Saya fikir sudah tiba masanya semua pihak buka mata terhadap kepentingan perkhidmatan farmasi atau ahli farmasi di negara ini agar peranan mereka turut diiktiraf setaraf petugas kesihatan lain," tegasnya.

 

Beliau turut berharap agar kerajaan dapat memberi penerangan kepada agensi berkaitan terhadap kepentingan peranan ahli farmasi atau pengusaha farmasi swasta bagi mengelakkan kumpulan itu terus diberikan layan 'double standard'.

 

"Sebelumnya, pada minggu lalu terdapat kes di Teluk Intan, Perak apabila beberapa pelanggan sebuah farmasi diusahakan ahli persatuan ditegur pihak berkuasa hanya disebabkan mereka sedang menunggu di luar untuk masuk ke premis itu.

 

"Dalam pada itu, pihak berkenaan sewajarnya memahami setiap premis farmasi beroperasi perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan bilangan pelanggan dibenarkan berada dalam premis perlu terhad selain amalan penjarakan sosial.

 

"Terbaru, pagi ini seorang ahli farmasi yang bertugas di Hospital Sungai Buloh dinafikan akses melalui laluan kecemasan yang dikhaskan kepada frontliners sewaktu melalui rutin sekatan jalan raya hanya disebabkan beliau ahli farmasi dan bukan doktor atau jururawat hospital berkenaan."

 

Walaupun insiden itu lebih kepada masalah komunikasi, namun pihak persatuan kesal dengan kegagalan berterusan agensi kerajaan mengiktiraf peranan ahli farmasi sebagai petugas barisan hadapan yang turut membantu menangani pandemik koronavirus (COVID-19).

Last modified on Thursday, 23 April 2020

1 Comment

  • Comment Link EntitoFof Monday, 13 July 2020 19:06 posted by EntitoFof

    Buying Cialis Foembotrerma https://bbuycialisss.com/# - Buy Cialis tahneupt Where Can I Get Cephalexin UseveTit cialis prescription VackMear cialis lo pueden tomar las mujeres

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd