wrapper

Berita Terkini

السبت 8 شوّال 1441   |   Saturday 30 May 2020


SERI KEMBANGAN - "Bukannya dibayar pun, penat memang penat tapi semuanya ceria belaka," kata seorang aktivis IKRAM Johor, Dr Murniati Mustafa tentang Projek PPE IKRAM Johor untuk menjahit pakaian perlindungan membantu barisan hadapan.

Jelasnya, projek ini bermula apabila beliau membaca status rakannya, Dr Asma Afifi mengenai aktiviti menjahit PPE di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, kemudian terus menghubunginya dan mula menjahit esoknya.

 

"Saya sangat teruja dan terharu dengan bilangan sukarelawan warga emas yang masih sihat dan bertenaga dan sangat bersemangat membantu dengan ikhlas Lillahi Taala," ujarnya yang juga seorang doktor pakar anaestesiologi.

 

Antara PPE yang telah siap dijahit

 

 "Masya-Allah, moga Allah beri ganjaran sebaik-baiknya untuk mereka, beramal tanpa mengira usia. Ramai juga sukarelawan daripada kumpulan usahawan dan tukang jahit yang tidak boleh bekerja semasa PKP."

 

Tambahnya, apabila beliau nyatakan hasrat projek ini dalam kumpulan Whatsapp sahabat-sahabat dan Facebook sendiri, rupanya ramai juga teruja membantu tetapi mempunyai kekangan untuk ke hospital kerana PKP.

 

"Dari situ bermulalah cetusan idea untuk kami mulakan pusat baru di lokaliti kami dan menjemput sahabat kami sama-sama menjahit," sambungnya.

 

Menurutnya, Pengerusi IKRAM Health Johor, Dr Siti Kamariah Othman, seorang yang amat bersemangat dan bertenaga, telah mengetuai usaha bagi menjayakan Projek PPE IKRAM Johor.

 

Bagi Dr Murniati, antara perkara paling susah dalam projek ini adalah mencari material yang mempunyai permintaan tinggi dan harga naik mendadak setiap hari. Bahan seperti pola baju, hood dan boot cover, pihaknya terpaksa memohon ihsan pasukan HSA.

 

Katanya, usaha menjahit PPE ini telah berlangsung dua minggu yang dibantu oleh aktivis Wanita IKRAM yang terdiri daripada ramai warga pesara dan beberapa orang anak muda.

 

 

20 gulung lagi kain untuk PPE telah tiba di Pejabat IKRAM Johor beberapa hari lalu  

 

"Sekarang ini projek kami dah selesai menjahit tiga gulung (300 meter per gulung) dan ada 20 gulung lagi (6,000 meter) untuk diusahakan.

 

"Doakan kami sentiasa istiqamah, ikhlas dan bertenaga untuk menjayakan projek PPE untuk barisan hadapan kita berjuang melawan COVID-19."

 

Menurut sumber daripada IKRAM Johor, serahan pertama 300 set PPE akan dilaksanakan esok, 30 April di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun brahim, Kulai.

Last modified on Wednesday, 29 April 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!