wrapper

Berita Terkini

السبت 26 ذو الحجّة 1441   |   Saturday 15 August 2020

 

SERI KEMBANGAN - Meskipun negara ini dilihat indah dalam pelbagai aspek, namun di sisi yang lain ia dilihat amat rapuh terutamanya dalam isu perkauman, menurut Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari.

“Pada dasarnya, kita melihat negara ini yang indah-indah sahaja. Umpama bunga yang bugar, kepelbagaian, makanan, ziarah-menziarahi dapat dilaksanakan.”

 

“Namun pada ketika yang lain pula, seolah-olah masyarakat di negara ini terutamanya di Semenanjung, sangat sensitif dan sangat rapuh sehingga boleh digambarkan sebahagian daripada masyarakat, mempunyai mentaliti umpama diserang,” jelas beliau.

 

Beliau berkata demikian sebagai panelis forum anjuran Platform CSO untuk Perubahan (CSO Platform for Reform) bertajuk ‘Virus Perkauman di Malaysia: Apa Vaksinnya?’ yang digandingkan bersama Ahli Parlimen Bangi, YB Dr Ong Kian Ming baru-baru ini.

 

Secara umum tambah Shahrul Aman, kerana negara ini tidak mempunyai indeks dalam isu perkauman ini, maka ia tidak dapat ditafsirkan secara jelas.

 

“(Contohnya) kata-kata yang kesat, caci-maki, ada indeks nasional yang boleh kita lihat,” ujarnya dengan memberi tamsilan suhu tengah panas, tengah hijau atau tengah kuning.

 

Beliau turut menyatakan bahawa indeks tersebut adalah perkara yang sangat penting perlu ada di Malaysia.

 

Menurutnya, kerapuhan dalam isu perkauman ini ditambah lagi dengan politik perkauman sebagaimana dalam PRU14, meskipun nampak perubahannya, namun sekarang seperti sudah terjadi kembali.

 

“Kerana kita tiada indeks, jadi ia suatu masalah atau perkara besar dan kita tidak mempunyai profiling (pemprofilan) kepada isu ini. Jadi bagaimana kita nak beri ubatnya?” soalnya tegas.

 

Justeru, beliau yang juga Ketua Pegawai Operasi Ibu Pejabat IKRAM berharap agar kerapuhan yang terjadi ini tidak membawa kepada contoh-contoh yang tidak baik kepada masyarakat lain di dunia.

 

Isu perkauman agak meruncing di negara ini apabila terdapat segelintir daripada masyarakat yang cuba mengeruhkan lagi keadaan dengan melemparkan pelbagai isu perkauman dalam kalangan masyarakat.

 

Hakikatnya, rakyat Malaysia perlu bergerak bersama-sama dengan rakan-rakan untuk memajukan negara, bukan berperang hingga melahirkan lagi jurang-jurang antara kaum.

 

Sebagaimana contoh sirah yang sangat dekat dengan umat Islam iaitu ketika termeterainya Piagam Madinah, yang mana masyarakat Islam dan bukan Islam dapat hidup bersama dengan aman.

 

Rakyat Malaysia perlu memutuskan rantaian rasis atau perkauman di negara ini segera agar pelbagai tragedi buruk tidak berlaku lagi.

 

Platform CSO untuk Perubahan (CSO Platform for Reform) merupakan gabungan 70 badan-badan masyarakat madani yang memberi tumpuan reformasi Malaysia Baharu.

 

Gabungan ini mengadakan siri perbincangan melalui Facebook tentang pelbagai isu kontemporari, semasa dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi kesan mendalam kepada masyarakat secara keseluruhan.

 

Facebook:  https://fb.com/CSOPlatform4Reform

Last modified on Sunday, 26 July 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!