wrapper

Berita Terkini

السبت 26 ذو الحجّة 1441   |   Saturday 15 August 2020

SERI KEMBANGAN - Kewujudan kluster baharu diibaratkan seperti bara api yang bila-bila masa sahaja mampu membangkitkan semula gelombang ketiga kesan ketidakpatuhan orang ramai, demikian kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketika sidang media yang diadakan semalam beliau berkata, tsunami atau gelombang ketiga COVID-19 boleh berlaku di Malaysia jika rakyat tidak patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

 

“Justeru, pentingnya langkah pencegahan dilakukan setiap anggota masyarakat sebelum perkara itu  berlaku.”

 

Tegasnya, kemungkinan tetap ada (gelombang ketiga) jika tidak patuh SOP.

 

“Kalau nak cegah, maka  tindakan pencegahan itu penting iaitu sebelum kes naik. Sekarang ini ada kes tambahan dan kluster baharu.”

 

Tambahnya lagi, jika ia tidak dipatuhi, maka bahan api ini akan menjadi pembakaran yang besar.

 

“Sekiranya, ada kes 2,000 ke 3,000 sehari, mungkin dalam seminggu hospital kita akan sesak dan mungkin kita tiada kemampuan merawat pesakit,” jelasnya dengan mengingatkan  bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) membolehkan rakyat menjalani kehidupan seharian namun perlu mematuhi SOP.

 

Namun, kebimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah apabila rakyat tidak mematuhi SOP dan tidak mustahil negara akan berdepan gelombang ketiga COVID-19.

 

“Kalau R-naught itu meningkat lebih daripada 1.6, kemungkinan kita akan mendapat peningkatan kes mendadak dan menjadi gelombang ketiga.”

 

KKM menyeru agar orang ramai agar menggunakan pelitup muka fabrik yang hanya mempunyai satu atau dua lapisan.

 

“Berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hanya pelitup fabrik tiga lapisan yang disarankan bagi mengekang penularan COVID-19,” kata beliau dengan menambah bahawa KKM mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan WHO iaitu non-medical facemask mesti ada tiga lapisan iaitu kesan hidrofilik dan hidrofobik.

 

Dalam pada itu, kes baharu COVID-19 di Malaysia kembali ke satu angka dengan tujuh kes dilaporkan semalam dan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 8,904 kes.

 

Daripada jumlah itu, tiga kes adalah penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula SOP berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) berikutan susulan kebimbangan peningkatan kes COVID-19 dalam tempoh hampir seminggu ini.

Last modified on Tuesday, 28 July 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd