wrapper

Berita Terkini

السبت 20 ربيع الثاني 1442   |   Saturday 05 December 2020


KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya IKRAM Titiwangsa dengan kerjasama Kelab Rukun Tetangga (KRT) Sri Perlis 2 dan NGO Wanita Nadi Masyarakat (WANiM) mengadakan Kelas Pembuatan Sabun ‘Cold Process’ pada Jumaat lalu di sini.

Bertujuan mengitar semula bahan terpakai menjadi sumber pendapatan, lapan orang orang perserta telah mengikuti kelas yang dikendalikan oleh Pn Nur Hafizah Abd Kadir.

 

“Alhamdulillah, kelas pembuatan sabun yang didakan ini berjalan lancar,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Fizah.

 

Beliau berkata, peserta telah diajar membuat sabun daripada minyak masak terpakai melalui cara 'cold process'.

 

“Mereka bukan sahaja didedahkan mengenai cara pembuatan sabun tetapi turut diberikan penerangan ringkas mengenai kepentingan mengitar semula minyak masak terpakai.”

 

Melalui kelas itu, ia memberi kesedaran kepada peserta agar menjaga alam sekitar dan diharapkan ia dapat disebarkan dalam ruang lingkup yang lebih luas lagi.

 

 

Maklum balas peserta rata-rata mengatakan ia adalah program yang bermanfaat.

 

“Kami teruja kerana dapat belajar buat sabun ni dan dapat ilmu yang bermanfaat ini,” kata Puan Abawiyah Salleh.

 

Tambahnya, walaupun prosesnya nampak mudah tetapi ada juga remeh-temehnya.

 

“Berkat kesabaran, kami telah berjaya membuat sabun daripada minyak yang terpakai. Kita boleh beritahu kawan-kawan supaya minyak terpakai tidak perlu dibuang, (kerana) ada manfaatnya,” jelasnya.

 

Manakala Hajah Hamidah pula menzahirkan rasa seronoknya kerana dapat mempelajari ilmu membuat sabun daripada minyak masak terpakai ini.

 

“Ini kali pertama buat. Insya-Allah, lepas ni boleh belajar lagi dan boleh jual.”

 

Cikgu Fizah yang juga ahli IKRAM Titiwangsa berkata, dengan membuat sabun ini, seseorang itu boleh menghasilkan pendapatan.

 

Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada penganjur serta NGO Suri Rumah Rahmah, Green Waste Selangor dan Green-pan Recycle untuk kempen-kempen kesedaran kitar semula minyak masak terpakai.

Last modified on Tuesday, 25 August 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!