wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 12 صفر 1442   |   Tuesday 29 September 2020


KUALA LUMPUR - Belum lagi selesai dengan isu pengilhakan Lembah Jordan dan hubungan diplomatik antara UAE dan Israel, Palestin kini diuji dengan gelombang kedua pandemik COVID-19, kata Ahli Jawatankuasa Liga Parlimen al-Quds (Wakil Malaysia), YB Syed Ibrahim Syed Noh.

"Peningkatan kes secara mendadak di Gaza dan Tebing Barat wajar mendapat perhatian kita semua kerana penjajahan dan sekatan Israel ke atas dua wilayah ini telah menyebabkan hospital tidak mempunyai kapasiti yang cukup untuk merawat pesakit dengan baik, apalagi berdepan dengan pandemik COVID-19," jelas beliau.

 

Tambahnya dalam sidang media Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) semalam, keadaan ini diburukkan lagi dengan tindakan Israel merobohkan pusat kuarantin yang dibina di Hebron (al-Khalil), wilayah di Tebing Barat dengan kes tertinggi (14,346), lebih tinggi daripada jumlah keseluruhan kes di Malaysia (9,583), atas alasan tidak memiliki permit.

 

Beliau menegaskan, tindakan ini jelas bertentangan dengan Artikel 56 Konvensyen Geneva Keempat yang meletakkan tanggungjawab kepada 'Occupying Powers' (penguasa yang menduduki/menjajah) untuk memenuhi keperluan kesihatan dan perubatan penduduk yang ia kuasai.

 

"Saya dan Liga Parlimen al-Quds (League of Parliamentarian for al-Quds) akan terus berusaha memberikan tekanan agar Israel mematuhi undang-undang antarabangsa. Kami juga akan terus mendesak agar pihak antarabangsa mengenakan hukuman ke atas Israel sekiranya gagal berbuat demikian."

 

Syed Ibrahim turut menyokong sepenuhnya inisiatif MyCARE yang melancarkan Tabung Kecemasan COVID-19 Palestin dan menyifatkan ia adalah usaha murni yang wajar mendapat sokongan dan dokongan semua pihak.

 

"Besar harapan saya agar inisiatif MyCARE ini akan mendapat sokongan dan dokongan seluruh rakyat Malaysia agar tanggungjawab yang besar ini dapat kita pikul bersama."

 

Dalam pada itu, MyCARE telah melancarkan Tabung COVID-19 Palestin sejak 25 ogos lalu dengan sasaran sumbangan RM250,000 yang mana jumlah kuitpan hingga kini kira-kira RM50,000.

 

Sumbangan boleh dibuat melalui Humanitarian Care Malaysia melalui akaun CIMB 8602135592 atau dengan melayari https://mycare.qrd.by/palestincovid.

Last modified on Friday, 11 September 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!