wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 4 ربيع الأوّل 1442   |   Tuesday 20 October 2020

SERI KEMBANGAN - Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Dr Ali Muhyiddin al-Qaradaghi menyelar tindakan normalisasi dengan negara haram Israel kerana ia merupakan pengkhianatan terbesar dunia dan kemanusiaan.

Beliau berkata demikian sebagaimana video yang disiarkan pada akaun Twitter miliknya yang mengulas pengumuman mengenai normalisasi hubungan antara Bahrain dan Israel.

 

"Bagaimana seseorang dapat menyerahkan haknya iaitu hak rakyat Palestin, dan hak semua umat Islam, tanah yang diberkati ini yang mana umat Islam berkorban, dan para mujahidin mengorbankan darah mereka?” soalnya.

 

Beliau berkata, semua pihak perlu bersatu menangani masalah ini dengan segala kemampuan yang ada.

 

“Sesungguhnya kita tidak merelakan pengkhianatan ini,” demikian katanya ketika perjanjian normalisasi negara haram Israel termeterai dengan UAE diikuti pula oleh Bahrain.

 

Menurutnya, bahawa perjanjian-perjanjian ini hanyalah pendahuluan kepada perjanjian besar antara puak Zionis (Israel) dan Arab Saudi, yang sudah semakin menyerlah.



“Saya menyeru semua masyarakat dunia menyelar  terhadap konspirasi ini."

 

Dalam pada itu, penduduk Palestin dengan tegasnya mengecam perjanjian Israel-Bahrain yang diumumkan pada Jumaat lalu, yang mana berlangsungnya setelah sebulan UAE mengumumkan perjanjian tersebut.

 

Bahrain menjadi negara Arab keempat yang menandatangani perjanjian normalisasi dengan Israel setelah Mesir  (1979), Jordan (1994) dan UAE pada Ogos 2020.

 

Dalam perkembangan lain, Mufti Besar Palestin, Sheikh Ekrima Sa'id Sabri, menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan membiarkan penjajahan Israel menutup Masjid al-Aqsa yang diberkati.

 

"Kami tidak akan bersetuju untuk menutup Masjid Al-Aqsa dan kami menentangnya," katanya sambil mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Israel.

 

Beliau berkata demikian setelah Israel mengeluarkan kenyataan akan memasang kamera tertutup di pintu masuk Masjid al-Aqsa dan akan melakukan penutupan ke atas Masjid Al Aqsa dengan alasan virus COVID-19 yang melanda.

 

Sheikh Ekrima turut mengecam perjanjian antara Abu Dhabi dan Tel Aviv hingga menimbulkan kemarahan rakyat Palestin, sambil menganggap perjanjian UAE dan penjajahan itu merupakan pengkhianatan terhadap al-Aqsa dan Palestin.

 

Pada 10 September 2020 lalu, Kesatuan Ulama Islam Sedunia telah mengeluarkan fatwa berkaitan isu ini yang ditandatangani oleh 200 ulama dari seluruh dunia.

 

Kesatuan itu menyifatkan apa yang dimahukan daripada ‘perjanjian damai’ tersebut adalah penjajahan secara total ke atas tanah Palestin siang dan malam, pengiktirafan keharusan penjajahan tersebut, melepaskan tanah al-Quds, meredai segala jenayah dan kezaliman yang telah dilakukan ke atas penduduk Palestin.

 

“Apa sahaja yang dinamakan perjanjian damai, persepakatan, normalisasi bersama negara haram Israel seperti yang diterangkan, hukumnya adalah haram dan tidak diterima syarak.”

 

Tegasnya, ia adalah jenayah besar, jenayah terhadap hak-hak Allah dan Rasul-Nya, terhadap hak bumi dan rakyat Palestin, terhadap hak ummah dan para syahidnya sepanjang sejarah dan terhadap setiap kebangkitan rakyat Palestin dan umat Islam sejak sekian lama.

 

Foto: Middle East Monitor

Last modified on Saturday, 19 September 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!