Print this page


SERI KEMBANGAN - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan sewajarnya sebagai badan dunia dalam menangani isu COVID-19.

“PBB bukan hanya perlu bebas politik tetapi dengan bertindak balas terhadap beberapa masalah paling kritikal yang dihadapi dunia.”

 

Beliau turut mendesak PBB agar menjadi badan dunia yang akan memastikan bahawa tidak wujud sebarang diskriminasi kepada negara lain dalam mendapatkan akses vaksin virus tersebut.

 

“Oleh itu, kita mesti pastikan yang sebaik sahaja vaksin ditemukan, ia mesti boleh dan mudah diperoleh kesemua negara. Tidak boleh ada sebarang diskriminasi,” tegas beliau.

 

Memandangkan pandemik ini menular tanpa mengira sesiapa, jelasnya, maklum balas juga perlu bebas daripada diskriminasi.

 

“Ini kerana PBB kekal sebagai satu-satunya institusi global yang boleh dituntut hak milik oleh semua pihak.”

 

Beliau berkata demikian bertepatan dengan Mesyuarat Peringkat Tinggi PBB ke-75 yang disiarkan di Bangunan PBB di New York pada Isnin petang (waktu tempatan).

 

Dalam perkembangan berkaitan, terdapat 82 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,358 kes sehingga 22 September 2020.

 

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 665 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato' Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Manakala 82 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan sembilan warganegara dan seorang bukan warganegara.

 

“Daripada 72 kes penularan di dalam negara, 60 kes adalah warganegara Malaysia dan 12 kes adalah bukan warganegara.”

 

Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 pula kekal 130 kes iaitu 1.26 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa satu kluster baharu, Kluster Bangau-Bangau telah dilaporkan di Semporna, Sabah.

 

“Kluster ini dikenal pasti hasil saringan kemasukan pesakit ke Hospital Semporna. Sebanyak lima (5) kes (iaitu kes ke-10340 hingga ke-10344) telah dikesan positif COVID-19 pada 21 September 2020.”

 

Daripada jumlah itu, empat (4) kes merupakan warganegara Malaysia dan satu (1) kes merupakan bukan warganegara yang mana kesemua mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Semporna untuk rawatan.

Last modified on Wednesday, 23 September 2020
DMC Firewall is a Joomla Security extension!