wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 4 ربيع الأوّل 1442   |   Tuesday 20 October 2020


SERI KEMBANGAN - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga kluster baharu COVID-19 iaitu dua di Sabah dikenali kluster Buang Sayang dan kluster Kampung Sakong, sementara di Kuala Lumpur pula dikenali Kluster Setapak.

“Kluster Buang Sayang dikesan di Sipitang, Sabah dengan kes indeks (kes ke-10,265) mempunyai sejarah perjalanan ke Sipitang dari 7 hingga 20 September lalu.”

 

Menurutnya, pesakit mula mengalami gejala demam, selesema dan sakit tekak pada 19 September dan kemudiannya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan. Saringan COVID-19 didapati positif pada 20 September dan kes telah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah.

 

“Justeru, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan di mana seramai 10 individu telah disaring sehingga hari ini dengan empat kes dikesan positif, manakala enam individu masih menunggu keputusan.”

 

Tegasnya, langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan sedang dijalankan di semua lokasi yang telah dikenal pasti bagi ketiga-tiga kluster baharu ini.

 

Sehubungan itu, KKM telah menambah bilangan kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 bagi menguruskan proses saringan pengembara yang pulang dari Sabah.

 

Ini berikutan sejumlah besar yang baru pulang dari Sabah untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam, tiba di KLIA dan KLIA2 terpaksa menunggu lebih tiga jam bagi menjalani saringan COVID-19.

 

Kesesakan tersebut berlaku selepas KKM mewajibkan semua yang dari Sabah menjalani saringan COVID-19 bermula hari ini.

 

Dalam pada itu, Statistik Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam. Jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini lebih 995,000 kes.

 

Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini lepasi 32.94 juta kes. Ini berikutan lebih 270,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Last modified on Monday, 28 September 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!