wrapper

Berita Terkini

السبت 20 ربيع الثاني 1442   |   Saturday 05 December 2020


KOTA KINABALU - Berikutan situasi COVID-19 yang kritikal di Sabah sejak 27 September lalu, Yayasan IKRAM Malaysia (i-Bantu) dan IKRAM Negeri Sabah telah melancarkan tabung khas untuk kemudahan barisan hadapan di sana.

Tabung ini bertujuan menyediakan peralatan seperti Powered Air Purifying Respirator (PAPR) dan Personal Protective Equipment (PPE) untuk barisan hadapan dan ia turut mendapat Kerjasama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health).

 

Menurut wakil i-Bantu Sabah, Mohamad Hafiz Mukhsam, PAPR ini akan membantu petugas barisan hadapan mengendalikan pesakit yang berisiko tinggi yang boleh menjadi punca penyebaran COVID-19 di ICU.

 

“Manakala PPE pula bagi kegunaan pengesanan COVID-19 di lapangan seperti klinik kesihatan.”

 

Sehingga kini, projek ini telah menyediakan sebanyak lima unit kipas kepada Klinik Kesihatan Semporna pada 9 Oktober, dua unit PAPR kepada Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 14 Oktober dan juga dua unit PAPR kepada Hospital Daerah Semporna pada 16 Oktober lalu.

 

“Terima kasih kepada semua penyumbang tabung barisan hadapan di Sabah.”

 

Kata Hafiz lagi, pihaknya mensasarkan kutipan sumbangan berjumlah RM100,000 untuk menyediakan PAPR dan RM200,000 untuk menyediakan PPE.

 

Mereka yang berminat untuk menyumbang, sila klik https://www.billplz.com/frontlinersabah dengan rujukan PPE SABAH atau PAPR SABAH (diletakkan di sebelah nama penyumbang).

 

Sumbangan juga boleh dibuat melalui akaun YAYASAN IKRAM MALAYSIA (Maybank 562142404402) dengan rujukan PPE SABAH atau PAPR SABAH dengan e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

 

“Sumbangan anda amat kami hargai dan amat bermakna buat pejuang barisan hadapan kita.”

Last modified on Tuesday, 20 October 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd