wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 3 رمضان 1442   |   Wednesday 14 April 2021

SERI KEMBANGAN - Sempena sambutan Hari Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita pada 25 November setiap tahun, Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (Wanita IKRAM) akan menganjurkan satu webinar dalam usaha mengajak masyarakat untuk menghentikan keganasan terhadap wanita.

Sebagaimana kita ketahui, keganasan terhadap wanita boleh menyebabkan impak yang sangat besar bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi mental.

 

Oleh yang demikian, inisiatif webinar ini diambil oleh Wanita IKRAM bertujuan untuk memberikan pengetahuan yang jelas kepada masyarakat daripada pelbagai perspektif oleh pakar-pakar yang berpengalaman dalam isu ini.

 

Webinar 'Wanita Disayangi Bukan Dikasari' ini, akan berlangsung esok, Sabtu, 5 Disember 2020, bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang dan akan dirasmikan Oleh Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh, yang mengetengahkan barisan panelis bersama pelbagai topik menarik.

 

Topik 'Akta Berkaitan Isu Keselamatan Wanita' akan disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Psikologi, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Raja Kamariah Raja Mohd Khalid.

 

Topik 'Peranan NGO Dalam Isu Keselamatan Wanita' pula akan dibentang oleh Pengarah Advokasi Women's Aid Organisation (WAO), Encik Yu Ren Chung.

 

Seterusnya, topik 'Nasihat Kepada Si Pelaku' akan dikupas oleh Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), YAA Dato' Dr Mohd Na'im Hj Mokhtar.

 

Manakala topik 'Rumah Perlindungan, Tempat Berteduh Sementara' disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI), Puan Azlina @Roszy Mohamad Ghaffar.

 

Timbalan Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof Madya Dr. Norhasmah Sulaiman sebagai moderator webinar yang akan diadakan. Rakyat Malaysia boleh menontonnya secara langsung menerusi laman Facebook Pertubuhan IKRAM Malaysia, Wanita IKRAM Malaysia dan YouTube TV IKRAM.

 

FB Wanita IKRAM Malaysia: fb.com/WanitaIkramMalaysia

FB Pertubuhan IKRAM Malaysia: fb.com/ikram.malaysia

TV IKRAM: youtube.com/c/ikrammalaysiaTV

 

Daftarkan penyertaan anda di http://bit.do/Hentikankeganasan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Susilawati di talian 019-6337065.

Last modified on Friday, 04 December 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!