wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 13 ذو القعدة 1442   |   Tuesday 22 June 2021


SERI KEMBANGAN - Berdasarkan data Johns Hopkins University, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 1.53 juta kes. Manakala, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri 67 juta.

Ini berikutan pertambahan lebih 530,000 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu Covid-19 yang direkodkan masih kekal empat angka iaitu 1,335 kes menjadikan jumlah kumulatif kes positif dalam negara sebanyak 72,694.

 

“Ia menjadikan bilangan kes aktif kebolehjangkitan mencatat 11,039 kes, manakala jumlah kes pulih adalah 1,069 menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 61,273.”

 

Jelas beliau lagi, daripada 1,335 kes baharu tersebut, sebanyak 1,332 kes adalah kes penularan dalam negara manakala bakinya adalah kes import.

 

“Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 515 kes (38.6 peratus). Daripada jumlah itu, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 337 kes (65.4 peratus) diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 258 kes (19.3 peratus) dan Sabah 250 kes (18.7 peratus),” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19.

 

Dalam pada itu, terdapat pertambahan dua kes kematian Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 382 kes (0.53 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

 

“Sehingga kini, terdapat 126 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.”

 

Sebelumnya, pada Sabtu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara ditamatkan kecuali tiga negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan lagi selama 14 hari bermula 7 hingga 20 Disember ini.

 

“Walau bagaimanapun, terdapat tiga daerah di Selangor dibebaskan PKPB iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.”

 

“Selain itu, terdapat beberapa daerah di negeri lain turut dikenakan PKPB iaitu di Perak (daerah Kinta Serta Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong), Kelantan (Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas), Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) dan Johor (Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai).

 

Beliau turut berkata, kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah selain tidak lagi menghadkan jumlah dalam satu kenderaan, bermula hari ini.

 

Langkah itu dilakukan setelah mempertimbangkan impak semasa dan jangkaan kesan terhadap pemulihan ekonomi yang terpaksa dihadapi sekiranya PKPB terus dilaksanakan.

 

Dijangkakan KDNK negara akan kerugian sebanyak RM300 juta sehari jika PKPB terus dilaksanakan dan ini sekali gus akan mengakibatkan kemerosotan pasaran buruh dan penurunan perbelanjaan isi rumah, peningkatan ketidaktentuan pelaburan, kehilangan pekerjaan tetap, penutupan perniagaan dan kesan lain sama ada secara langsung atau tidak.

Last modified on Monday, 07 December 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd