wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 رمضان 1442   |   Wednesday 21 April 2021


DOHA - Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan Persatuan Ulama Arab Maghribi mengecam perjanjian untuk menyambung semula normalisasi hubungan antara Maghribi dan negara haram Israel.

Kecaman ini dikeluarkan dalam dua kenyataan berasingan berkaitan perjanjian baru-baru ini antara Rabat dan Tel Aviv di bawah rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

 

“Langkah normalisasi itu bertentangan dengan kedudukan rakyat Maghribi yang selalu menyokong dan peduli terhadap rakyat Palestin,” kata kesatuan itu dalam kenyataannya.

 

Kesatuan itu turut mengesahkan pendiriannya yang tegas dalam normalisasi dengan entiti Zionis (Israel) yang masih menduduki Masjid al-Aqsa, Jerusalem, Palestin dan Bukit Golan (Syria).

 

"Kami menerima dengan penuh kesedihan tekad kerajaan untuk menormalkan hubungan dengan entiti Zionis dan menjalin hubungan diplomatik dan ekonomi (dengannya)," kata Persatuan Ulama Maghribi dengan mengharapkan perjanjian itu dipertimbangkan semula.

 

Dalam pada itu, negara Liga Arab menekankan bahawa pemerintah di negara-negara Islam tidak boleh bertolak ansur dengan isu Palestin di bawah kompromi atau tekanan dalaman atau luaran Israel.

 

Pada hari Khamis lalu, Raja Maghribi, Raja Mohammed VI mengumumkan penyambungan semula secara rasmi hubungan dua hala dan diplomatik dengan Israel.

 

“Ini sama sekali tidak akan mempengaruhi komitmen utama Maghribi untuk mempertahankan perjuangan rakyat Palestin dan penglibatannya yang membina untuk mewujudkan perdamaian yang adil dan berkekalan di Timur Tengah,” menurut kenyataan raja itu.

 

Sebelumnya, Maghribi dan Israel telah memulakan hubungan pada tahun 1993 setelah perjanjian Oslo dicapai, tetapi Rabat membekukan hubungan itu setelah tercetusnya pemberontakan Palestin khususnya pada tahun 2002.

 

Dengan pengisytiharan Rabat itu, Maghribi akan menjadi satu-satunya negara yang menjalin hubungan dengan Israel setelah Mauritania memutuskan hubungannya dengan Tel Aviv pada tahun 2010, yang dianggap sebagai penembusan Israel yang luar biasa ke wilayah Maghreb.

 

Maghribi, sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan Afrika. Bagaimanapun, Maghribi adalah ahli Liga Arab, Kesatuan Maghrib Arab, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77 dan La Francophonie.

 

Maghribi juga adalah sebuah negara sekutu bukan NATO yang utama bagi Amerika Syarikat, yang menjadi negara Arab keempat bersetuju untuk melakukan normalisasi dengan Israel pada tahun 2020 selepas UAE, Bahrain dan Sudan.

 

Pada September lalu, Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Dr Ali Mohyiddeen al-Qaradaghi menegaskan larangan normalisasi dengan penjajah al-Aqsa dan Jerusalem, dan bahawa normalisasi itu adalah pengkhianatan terbesar seperti yang dinyatakan dalam fatwa asal yang dikeluarkan oleh para ulama Muslim.

 

Antara fatwa tersebut menyebut:

 

"Apa yang telah terjadi antara beberapa negara Arab dan Israel yang masih menduduki sebahagian besar Palestin, termasuk Masjid al-Aqsa dan al-Quds al-Sharif, tidak benar-benar disebut perdamaian atau gencatan senjata, melainkan sebuah konsesi di tanah paling suci dan pengiktirafan akan legitimasi musuh penjajah.”

 

“Perdamaian atau normalisasi dalam hal ini dilarang dan dibatalkan secara sah, merupakan kejahatan terbesar dan pengkhianatan terhadap hak-hak agama.”

Last modified on Wednesday, 16 December 2020

4 Comments

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd