wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 13 ذو القعدة 1442   |   Tuesday 22 June 2021

SERI KEMBANGAN - Permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula dibuka secara dalam talian hari ini dengan membabitkan lapan juta ahli dan dua kategori kriteria kelayakan pemohon.

Pemohon yang tergolong dalam kategori 1, tiada dokumen sokongan diperlukan dan kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.

 

Mereka hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

 

Ia melibatkan ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

 

Manakala, ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020 turut boleh mengemukakan permohonan dalam kategori ini.

 

Bagi kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021 melibatkan ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

 

Bagi melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu penyata gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.

 

Namun, jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan dan status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat manakala pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

 

“Jumlah kelayakan untuk mengeluarkan wang daripada i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan akaun satu ahli berdasarkan butiran terkini,” sebagaimanya kenyataan yang dikeluarkan KWSP baru-baru ini.

 

Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam akaun satu boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

 

“Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam akaun satu boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada akaun satu dengan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.”

 

Berikutan itu,  ahli KWSP digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima transaction authorisation code (TAC) di kiosk atau kaunter KWSP dan memastikan nombor akaun bank adalah aktif.

Last modified on Monday, 21 December 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!