wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 3 رمضان 1442   |   Wednesday 14 April 2021


SERI KEMBANGAN - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif Covid-19 adalah 22,089 kes yang menghampiri kapasiti maksimum iaitu sebanyak 23,000 kes untuk ditempatkan di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbangkan untuk mengasing dan mengkuarantin pesakit Covid-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan di rumah memandangkan kemudahan kesihatan sedia ada semakin terhad susulan peningkatan kes harian yang tinggi.

 

“Jumlah pesakit bagi kes tahap satu dan dua iaitu mereka yang positif tetapi tidak bergejala dan mempunyai gejala ringan telah mencecah 89 ke 90 peratus daripada keseluruhan kes,” kata Noor Hisham.

 

Menurutnya, PKRC telah pun penuh menyebabkan KKM memberi keutamaan kepada kes-kes yang tidak ada tempat yang sesuai untuk kuarantin contohnya untuk pekerja asing yang ditempatkan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

 

“Kita juga sedang melihat kriteria-kriteria untuk melihat sama ada mengkuarantinkan kes yang positif tetapi tidak bergejala atau bergejala ringan di rumah.”

 

Beliau berkata, kelewatan petugas kesihatan mengambil para pesakit di rumah untuk dibawa ke hospital dan PKRC adalah disebabkan pertambahan kes harian yang tinggi.

 

“Berdasarkan data-data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan, kalau kita kuarantin untuk tempoh 10 hari, kita dah boleh benarkan pesakit discaj tanpa menjalankan ujian, dan jika dijalankan ujian ia mungkin positif tetapi kebolehjangkitan sudah berkurang atau sudah tiada,” jelasnya ketika menjawab mengenai dakwaan pesakit di Hospital Sungai Buloh yang dibenarkan keluar tanpa melalui ujian saringan kedua Covid-19.

 

Tambahnya lagi, keputusan positif akan berlaku dalam tempoh dua hingga tiga minggu atau ada yang sampai ke 70 hari tapi yang penting kebolehjangkitan, sama ada boleh kawal kebolehjangkitan atau sebaliknya.

 

“Jadi selepas 10 hari, kebolehjangkitan amat kurang dan kita boleh benarkan pesakit pulang tanpa laksana ujian tersebut,” katanya.

Last modified on Tuesday, 05 January 2021

1 Comment

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd