Print this page

SERI KEMBANGAN - Dewan Perwakilan Nasional (DPN) kali ke-11 sesi 2018-2022 yang bersidang secara dalam talian hari ini telah memilih Hj Shahrul Aman Mohd Saari sebagai Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Beliau menggantikan Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim yang telah meletakkan jawatannya baru-baru ini.

 

Shahrul Aman, 46, adalah Ahli JKP IKRAM sejak 2012 dan kini bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasi di Ibu Pejabat IKRAM.

 

Beliau pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Belia Remaja (JKBR) seterusnya dipilih sebagai Naib Presiden IKRAM pada 2014 menggantikan Hj Syed Ibrahim Syed Noh yang telah meletakkan jawatan.

 

Beliau pernah bertindak sebagai Pemangku Pengerusi Bersih 2.0 dan kini merupakan Ketua Pasukan Advokasi Institusi Kenegaraan, Pertubuhan IKRAM Malaysia.

 

Dengan pemilihan ini, didoakan semoga ia dapat memperkasakan lagi matlamat IKRAM untuk memacu pembinaan Negara Rahmah melalui aktiviti dakwah, tarbiah dan kebajikan, insya-Allah.

Last modified on Saturday, 06 February 2021
Our website is protected by DMC Firewall!