wrapper

Berita Terkini

الأحد 24 رجب 1442   |   Sunday 07 March 2021

SERI KEMBANGAN - Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mengumumkan pembukaan sekolah rendah mulai 1 Mac dan  sekolah menengah pada  4 April 2021 akan datang amat dialu-alukan.

“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tidak harus dilaksanakan secara berterusan kerana ia akan menimbulkan generasi terpinggir dan KPM perlu mencari jalan bagi melaksanakan PdP bersemuka,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Profesor Dr Omar Yaakob.

 

Beliau menyatakan bahawa kegusaran mengenai keselamatan murid semasa PdP bersemuka memang tidak dapat diperkecilkan.

 

Tambahnya, walaupun sekolah bakal dibuka sepenuhnya pada awal bulan April, PdP bersemuka perlu dilaksanakan secara berhati-hati, berperingkat dan penuh kewaspadaan, dan KPM perlu mengambil pendekatan berbeza bagi pelbagai keadaan yang bakal dihadapi.

 

“Tentunya, lokasi dan keadaan setiap sekolah adalah berbeza, contohnya terdapat sekolah yang berada di kawasan zon merah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), manakala yang lain berada di kampung pendalaman yang tiada kes jangkitan Covid-19.”

 

Dalam pada itu, pendekatan berbeza perlu diusahakan bagi kawasan yang berbeza. Autonomi wajar diberikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)  dan sekolah, dengan nasihat daripada Pejabat Kesihatan Daerah untuk membuat pengubahsuaian proses pendidikan, pengurusan kurikulum dan PdP dengan mengambil pendekatan yang sesuai berdasarkan keadaan setempat, sekolah dapat diuruskan dengan lebih optimum.

 

“Sekolah yang mempunyai murid yang ramai boleh mengambil kaedah bergilir-gilir (staggered schooling) di mana murid dibenarkan hadir ke sekolah secara bergilir, contohnya tahun 5, 6 pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat manakala Tahun 1, 2, 3 pada hari Selasa dan Khamis sehingga keadaan benar-benar pulih.”

 

“Giliran juga boleh dibuat mengikut minggu. Pada masa giliran tidak pergi ke sekolah, PdPR dengan bantuan Didik TV KPM  perlu diteruskan,” jelas beliau.

 

Dr Omar turut menzahirkan rasa terima kasih kepada KPM kerana prihatin dan menerima cadangan-cadangan daripada pelbagai pihak untuk memperkasakan pendidikan menggunakan wahana televisyen.

 

Walaupun terdapat beberapa masalah kecil yang timbul semasa awal pelancarannya pada hari Khamis lalu, beliau yakin Didik TV KPM berpotensi untuk menyelesaikan sebahagian masalah PdP era COVID-19 ini.  

 

Beliau turut mencadangkan agar pihak KPM mengubah suai masa instruksional untuk memenuhi keperluan pembelajaran kerana sukar bagi sekolah-sekolah menyusun kembali hari persekolahan untuk mengganti sepenuhnya hari sekolah ditutup sewaktu PKP.

 

Selain itu, beliau menyatakan agar sekolah swasta perlu diberikan pengecualian khas daripada terikat dengan jadual oleh KPM yang mana sekolah-sekolah ini diuruskan secara langsung di bawah bidang kuasa Lembaga Pengelola masing-masing. 

 

“Memandangkan bilangan sekolah di bawah sesebuah Lembaga Pengelola tidak banyak dan bilangan pelajar juga tidak ramai,  mereka berupaya untuk memutuskan dan  menguruskan cara terbaik membuka sekolah serta mengawal selia pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP),” sarannya.

 

Menurutnya, pembukaan sekolah swasta perlu dibenarkan mengikut budi bicara dan pertanggungjawaban Lembaga Pengelola Sekolah masing-masing dengan mengambil kira peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh MKN, KPM dan KKM, tanpa terikat dengan jadual persekolahan sekolah-sekolah kebangsaan. 

 

Dr Omar berpandangan, pandemik Covid-19 dijangka akan berlarutan dan sesi persekolahan mengambil masa untuk pulih seperti sediakala dan dalam keadaan ini tidak mungkin guru-guru dapat memenuhi semua masa instruksional yang dirancang bagi keadaan biasa.

Last modified on Monday, 22 February 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd