Print this page

SERI KEMBANGAN - Selain membantu mereka yang kesusahan ketika pandemik Covid-19, MyCARE kini aktif dengan kempen Bulan Anak Yatim 2021 sepanjang Mac ini dan projek Adopt A Hafiz 2021.

Sejak kempen Bulan Anak Yatim yang dilancarkan pada 2013, bantuan telah diagihkan melibatkan hampir 3,000 orang anak-anak yatim Palestin, Iraq, Syria, Filipina, Rohingya serta 75 buah keluarga asnaf.

 

Kempen pada tahun ini akan diteruskan dengan beberapa program yang disusun bertujuan bagi meraikan anak-anak yatim, penyumbang serta rakan kerjasama dan bakal penyumbang.

 

Antara aktiviti yang telah disusun sepanjang bulan ini adalah Program ‘Meet and Greet’ antara penaja dan anak yatim, kempen Orange4Orphan, Tajaan Komputer Peribadi kepada 20 organisasi anak yatim terpilih dan banyak lagi.

 

Dalam pada itu, sehingga tahun 2020, MyCARE telah mengagihkan bantuan kepada anak yatim dan keluarga asnaf berjumlah RM22,745,670.10.

 

Demi melihat lebih ramai anak-anak yatim tajaan rakyat Malaysia dapat merealisasikan impian, MyCARE sekali lagi mengajak pada dermawan untuk meneruskan sumbangan dan menyebarluaskan kempan Bulan Anak Yatim 2021 ini.

 

Para dermawan yang ingin memberikan sumbangan kepada anak yatim dan keluarga asnaf boleh menyalurkannya melalui akaun:

 

Humanitarian Care Malaysia
Maybank Islamic 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592

 

Sertakan rujukan sumbangan ‘Anak yatim’ atau #care4orphan atau #orange4orphan ATAU #care4asnaf. Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau Whatsapp 013-7444760.

 

Untuk menaja anak yatim secara bulanan atau tahunan, borang dalam talian boleh didapati di pautan http://bit.ly/JomTaja. Untuk maklumat lanjut, hubungi Raimi Sayuti / Khadijah Said di talian 03-89412341 / 013-7444760.

 

Selain itu, MyCARE dengan kerjasama Muslim Professionals Forum (MPF) turut menganjurkan projek Adopt a Hafiz 2021 untuk tahun keempat bagi para dermawan menaja seramai 900 bakal hafiz dari Gaza dan Tebing Barat.

 

Dengan serendah RM50 bagi seorang pelajar hafiz, tajaan boleh disalurkan melalui pautan https://donate.mycare.org.my/c/aah atau akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad (CIMB: 8602135592) dengan rujukan AAH2021. Sila Whatsapp/Telegram sumbangan anda ke wasap.my/60166366369 atau e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Last modified on Friday, 05 March 2021
Our website is protected by DMC Firewall!