Print this page

 

BESUT - Jenazah almarhumah Nik Khatijah Nik Mud, Pengurus Jabatan Kajian dan Advokasi IKRAM telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Tumbuh di sini pada Rabu lalu jam 10.30 malam.

Jenazah sebelumnya dibawa balik pada 3.30 petang selepas selesai solat jenazah di Masjid Jamek Kajang dan tiba di tanah perkuburan pada 9.30 malam.

 

Selain ibu bapa almarhumah, turut mengiringi jenazah dari Kajang ke Besut ialah empat orang kakitangan Ibu Pejabat IKRAM iaitu Ustaz Abd Haris Bain, Hj Rosli Ahmad, Izzan Nasuha Amran dan Nur Idayu Abd Rahman.

 

Dari kanan Hj Nik Mud, Ust Abd Haris, Hj Rosli dan Ust Abdul Aziz

 

Mereka turut menziarahi kedua-dua ibu bapa almarhumah sebelum bertolak pulang ke Lembah Klang. Dalam keadaan tenang, bapa almarhumah, Hj Nik Mud mengucapkan terima kasih kepada IKRAM, kakitangannya serta semua pihak yang membantu menguruskan jenazah almarhumah.

 

Dari kanan Izzan, Idayu dan ibu almarhumah

 

Turut hadir Ustaz Abdul Aziz Abdullah, Yang Dipertua IKRAM Besut bersama beberapa orang delegasi mewakili IKRAM Negeri Terengganu.

 

Idayu (kanan) bersama delegasi wanita daripada IKRAM Terengganu

 

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM menyeru ahli-ahlinya agar terus bertenang dan berdoa agar segala proses siasatan dan pengadilan berjalan dengan adil dan sebaik mungkin.

Last modified on Saturday, 13 March 2021
Our website is protected by DMC Firewall!