wrapper

Berita Terkini

الجمعة 26 رمضان 1442   |   Friday 07 May 2021


SEREMBAN - Pusat Pendidikan As-Sa'idiyyah dengan kerjasama IKRAM Kawasan Seremban telah melancarkan program 'As-Sa'idiyyah Food Bank' pada Jumaat, 5 Mac 2021 yang lalu.

Perasmian bantuan bank makanan ini telah disempurnakan di Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah (SRIAS) yang dihadiri wakil IKRAM Seremban, Hj Hasri Wazir.

 

Program bank makanan ini bertujuan untuk membantu menyediakan makanan dan barangan kering secara percuma untuk warga Pusat Pendidikan As-Sa'idiyyah (PPASB), penduduk taman berdekatan, ibu bapa, penjaga pelajar dan mereka yang memerlukan.

 

Turut bersama hadir dalam pelancaran program itu ialah Pengerusi PIBG Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah (MTAS), Penghulu Taman Rashidah Utama, Hj Zainal, AJK penduduk Taman Rashidah Utama dan Taman Guru serta tetamu-tetamu jemputan.

 

 

Semoga program kebajikan seperti ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat pada musim pandemik ini.

 

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang barangan keperluan kering bagi As-Sa'idiyyah Food Bank, mereka bolehlah berhubung dengan Ustaz Shirazi (SRIAS) di talian 012-2745604.

Last modified on Saturday, 13 March 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd