wrapper

Berita Terkini

الجمعة 26 رمضان 1442   |   Friday 07 May 2021

SERI KEMBANGAN - Kerjasama tiga rakan permotoran iaitu MyIKRAM Bikers (MIB), Graft-Buster Riders dan TM Bikers dalam Kempen Anti Rasuah 'Rasuah Busters Outreach' bakal dirasmikan dalam program sulungnya pada Ahad, 28 Mac ini.

 Program yang turut disokong IKRAM Putrajaya dan Sinar Harian dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini bakal diserikan dengan konvoi motosikal dari Pusat Komuniti IKRAM Putrajaya ke Ibu Pejabat SPRM.

 

Kempen ini bertujuan untuk meneguhkan kesedaran umum untuk bersama membina negara yang bebas rasuah serta mengikat kerjasama antara NGO dan agensi kerajaan dalam menyemat minda hidup tanpa rasuah.

 

Selain itu, ia dapat mendekati masyarakat secara organik melalui hobi dan aktiviti sukan serta membina sahsiah masyarakat dengan jati diri berintegriti serta bermaruah.

 

"Program Kempen Anti Rasuah ini adalah cetusan daripada kesedaran MIB untuk bersama membangunkan negara yang bebas daripada rasuah."

 

"Melalui kapasitinya sebagai sebuah kelab permotoran, MIB yakin dapat mendekati masyarakat secara lebih organik dan berterusan," kata Setiausaha Program, Mohd Kamal Ariffin Bunyamin.

 

Menurutnya, kempen ini akan menggunakan pendekatan yang santai kepada masyarakat melalui permotoran dan juga aktiviti sukan serta aktiviti outdoor yang lain seperti sukan berbasikal.

 

"Risalah akan diedarkan kepada masyarakat sambil menjalankan aktiviti sukan dan kempen ini juga akan memanfaatkan fasiliti media sosial serta saluran siaran langsung dan tertunda untuk menyampaikan maklumat pendidikan kepada kumpulan yang disasarkan."

 

Diadakan di sekitar Putrajaya, antara program yang dirancang dalam kempen 'Rasuah Busters Outreach' ini ialah Pagi Ahad Tak Tidur (Berbasikal/Joging), Outreach Surau (Ceramah kesedaran oleh Asatizah IKRAM, SPRM), Outreach pelajar di IPT melalui Belia Harmoni, Outreach pelajar sekolah menengah melalui IKRAMTeens, Outreach Wanita bersama Wanita IKRAM Putrajaya dan Outreach Media melalui FB Live oleh IKRAM Putrajaya dengan kerjasama dengan SPRM.

Last modified on Friday, 26 March 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!