wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 10 رمضان 1442   |   Wednesday 21 April 2021

KUALA LUMPUR - Majlis Graduasi IMPAK Online telah diadakan bagi meraikan 80 peserta yang berjaya menamatkan pembelajaran kesemua 10 modul selama tiga bulan di Dewan Tabung Haji pada Ahad, di sini.

Para peserta adalah dari beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur iaitu PA Sri Perlis 2, PPR Jelatek, Pangsamurni Keramat Jaya 2 dan PPR Taman Wahyu diraikan dalam majlis ini yang telah dirasmikan oleh Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh.

 

Suasana di Dewan Tabung Haji

 

Program IMPAK (Ibu bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak) secara dalam talian atau dikenali sebagai IMPAK Online ini merupakan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan sokongan Yayasan Hasanah (melalui Geran Khas Hasanah (HSG) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia yang telah bermula dari Januari hingga April 2021.

 

“Objektif utama program ini adalah agar golongan ibu bapa muda B40 berpeluang meningkatkan akademik anak-anak melalui kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari dalam 10 modul,” kata Pengarah Majlis, Datin Seri Junaidah Ahmad.

 

Peserta bergambar dengan latar belakang IMPAK

 

Tambahnya, berikutan pandemik Covid-19, program ini dilaksanakan secara dalam talian buat pertama kali dengan fokus untuk membantu ibu bapa dan dengan menambah baik ilmu keibubapaan, secara tidak langsung dapat meningkatkan kecemerlangan pembelajaran anak.

 

“Dalam IMPAK Online ini, sebanyak 10 modul yang terdiri daripada kemahiran belajar serta pengurusan keluarga untuk panduan ibu bapa telah berjaya disampaikan kepada para peserta yang juga dikenali sebagai 'Very Important Parents' (VIP),” jelas beliau.

 

Puan Shahrul Bariah memberikan ucapan

 

Menurut salah seorang peserta IMPAK Online, Puan Shahrul Bariah, banyak ilmu keibubapaan yang beliau belajar contohnya dalam Modul 1.

 

“Pelbagai video ditayangkan sangat menyentuh hatinya sehingga mengalirkan air mata.”

 

“Selepas pembelajaran modul 1, saya cuba menjadi seorang ibu yang lebih positif terhadap anak saya," katanya.

 

Sekretariat IMPAK

 

Para peserta turut mengucapkan terima kasih kepada pihak IKRAM dan IMPAK kerana memberi peluang kepada mereka menjadi peserta bagi mempelajari ilmu keibubapaan dan majlis graduasi ini menjadi simbol kejayaan dalam berjuang selama 10 modul IMPAK Online.

 

“Diharapkan ibu bapa yang menghadiri modul IMPAK dan majlis graduasi semalam berjaya mengaplikasikan ilmu keibubapan ini terhadap anak-anak dan secara tidak langsung membantu anak dalam pembelajaran mereka,” ujar Junaidah.

 

#HasanahHeroes
#HSG2020
#PRIHATIN

Last modified on Tuesday, 06 April 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!