wrapper

Berita Terkini

الجمعة 26 رمضان 1442   |   Friday 07 May 2021

SHAH ALAM - Program 'Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah’ yang digerakkan syarikat penyedia teknologi sukan terkemuka, Checkpoint Spot Sdn Bhd dan Pasukan #Rasuah Busters dilancarkan pada Isnin.

Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf dan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, 'Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah' menjadi platform untuk menanamkan kesedaran dalam kalangan semua rakyat Malaysia mengenai keruntuhan moral yang disebabkan oleh rasuah.

 

“Dalam program itu setiap rakyat Malaysia diberi kuasa untuk mengatakan tidak terhadap rasuah dan ini adalah pemerkasaan yang dapat melibatkan seluruh keluarga setiap rakyat Malaysia.”

 

Menurutnya, semangat kebersamaan dalam program ini akan menjadi pencetus untuk mendorong perubahan yang sangat kurang di Malaysia.

 

"Ini akhirnya akan membawa kepada perubahan dalam #NilaiMoralKarakterBangsa," katanya.

 

Dalam pada itu, Pasukan #RasuahBusters tersebut bergabung dengan lebih 100 rakan strategik terdiri daripada badan berwajib, badan bukan kerajaan (NGO) dan korporat untuk menggerakkan kempen membasmi budaya rasuah secara besar-besaran ke segenap lapisan masyarakat yang bermula pada hari ini hingga 30 Jun depan.

 

“Program itu untuk mengumpul sokongan agar ia dapat diterjemah sebagai suara lantang rakyat Malaysia menolak rasuah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Checkpoint Spot Sdn Bhd, Benjamin Yeow.

 

Menurutnya, program itu juga merupakan acara pertama seumpama itu di Malaysia dan dunia dan menerusi program ini, peserta cuma perlu mendaftar secara percuma di satu platform yang disediakan.

 

"Melalui pendaftaran itu peserta dapat mengesan langkah harian mereka selama 30 hari dan mengikrar jumlah langkah mereka untuk tujuan memerangi rasuah," katanya.

 

Beliau mensasarkan seramai 10,000 rakyat Malaysia dari semua peringkat umur akan bergabung untuk menyemarakkan program ini.

 

"Kami turut menambahkan unsur keseronokan dalam usaha menentang rasuah melalui acara yang dianjurkan ini seterusnya sesiapa pun berpeluang memenangi hadiah menarik dalam Cabutan Bertuah kami dan apabila anda merujuk rakan untuk menyertai acara kami,” katanya.

 

Menerusi inisiatif itu pihaknya turut memberi kuasa kepada rakyat Malaysia untuk menghantar mesej bahawa pihaknya bersatu dalam solidariti dan berjalan 100 juta langkah menentang rasuah.

 

“Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah’ dijayakan sepenuhnya oleh teknologi yang dibangunkan oleh kepakaran tempatan dan mesej hebat berkenaan akan menjadi benih perjuangan berterusan rakyat untuk membanteras rasuah.”

 

Program ini mensasarkan seramai 10,000 rakyat Malaysia bagi mengumpulkan 100 juta langkah dalam masa 30 hari yang mana, setiap langkah akan mewakili usaha rakyat Malaysia dalam membanteras budaya rasuah.

 

Sekiranya anda berpendapat rasuah merosakkan negara ini dan ingin membuat perubahan bersama dengan semua rakyat Malaysia, jangan teragak-agak untuk sertai program ini.

 

Daftarkan diri dan keluarga anda untuk menjadi sebahagian daripada gerakan menentang rasuah. Penyertaan bagi acara ini adalah PERCUMA! Jangan lupa untuk berkongsi dan menjemput rakan anda untuk menyertai acara ini.

 

Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk sama-sama mengikuti program itu untuk menyatakan tidak kepada rasuah di mana pendaftaran boleh dibuat di https://cps4.me/100juta.

Last modified on Tuesday, 13 April 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd