wrapper

Berita Terkini

الجمعة 26 رمضان 1442   |   Friday 07 May 2021

 

SKUDAI - Program berkonsepkan aktiviti joging sambil mengutip puntung rokok, ‘National Virtual Plogging 2021: Jogging and Picking up Cigarette Butts' telah dilancarkan pada Selasa.

Program yang bermula 13 April lalu boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sehingga 20 Mei depan.

 

Peserta hanya perlu kutip puntung rokok di kawasan peserta sebanyak-banyaknya, kemudian mengepos semula kepada pihak penganjur sebelum tarikh tutup untuk proses timbangan dan penentuan pemenang.

 

Menariknya program ini, sekiranya jumlah berat kutipan semua peserta di seluruh Malaysia mencecah 50 kilogram ke atas, ia bakal melakar sejarah dengan rekod pengiktirafan 'The Malaysia Book of Record' untuk kutipan puntung rokok terberat. Hadiah berupa wang tunai turut disediakan untuk para pemenang.

 

Mereka yang berminat untuk menyertai program ini, bolehlah mendaftar di pautan https://tinyurl.com/RegisterNVP2021. Sebarang persoalan boleh dikemukakan di https://tinyurl.com/EnquiriesNVP2021 atau untuk info lanjut, klik https://t.me/InfoNVP2021.

 

Program ploging ini merupakan anjuran Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia Negeri Johor (IKRAM Health Johor) dan Johor Bebas Asap Rokok (JBAR).

 

Ia turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Johor, Perak Bebas Asap Rokok (PERBAR), Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR) dan IKRAM Muda Johor.

 

Program 'National Virtual Plogging 2021' bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya usaha untuk mewujudkan suasana bebas rokok dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui gabungan senaman joging, penjagaan kebersihan persekitaran fokus kepada puntung rokok dan gaya hidup bebas rokok.

 

Program ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran kepada perokok untuk lebih bertanggungjawab terhadap puntung rokok yang telah dibuang yang seterusnya boleh mencemarkan alam sekitar, sekali gus memberi dorongan kepada perokok untuk berhenti merokok sempena Ramadan.

Last modified on Thursday, 15 April 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!