wrapper

Berita Terkini

الجمعة 26 رمضان 1442   |   Friday 07 May 2021

SERI KEMBANGAN - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka kes positif baharu Covid-19 kembali meningkat kepada 2,195 hingga merekodkan lapan kematian pada Ahad. 

“Sebanyak 1,427 kes sembuh turut dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih Covid-19 di negara ini sebanyak 353,822 daripada keseluruhan 375,054 kes.”

 

Manakala keseluruhan angka kematian mencecah 1,378 orang selain jumlah aktif kini ialah 19,854.

 

“Daripada jumlah kes itu, sebanyak 2,185 adalah penularan kes tempatan dan 10 lagi adalah kes import,” jelasnya.

 

Sementara itu, sebanyak 219 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 90 individu memerlukan alat bantuan pernafasan.

 

“Sarawak kembali mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 508 kes diikuti Selangor 431, dan Johor 387 kes.

 

Dalam perkembangan berkaitan, negeri Kelantan mencatatkan 332, Kuala Lumpur sebanyak 176 kes, Sabah 112 kes, Pulau Pinang 84 kes, Negeri Sembilan 42 kes, Perak 35 kes, Kedah 30 kes, Terengganu 16 kes, Melaka dan Pahang masing-masing 15 kes, Wilayah Persekutuan Labuan enam kes, manakala Putrajaya serta Perlis masing-masing mencatatkan tiga kes.

 

“Seterusnya, lima kluster baharu dikesan membabitkan tiga kluster tempat kerja iaitu Kluster Selat Klang dan Tapak Bina Cahaya Alam di Selangor serta Jalan Perindustrian Satu di Johor.”

 

Menurutnya, dua lagi kluster komuniti dan kluster sekolah di Sarawak adalah dari Kluster Tarat Tani dan Kluster Jalan Bintulu, Sibu.

 

Melihat kepada situasi kes Covid-19 yang masih tinggi melebihi 2,000 kes setiap hari, mantan Menteri Pertanian dan Industeri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ini menunjukkan kerajaan gagal untuk menangani pandemik itu walaupun setelah tiga bulan pelaksanaan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 bermula 11 Januari lalu. 

 

“Walaupun pelaksanaan darurat itu dikatakan langkah proaktif dalam membendung wabak Covid-19, ironinya situasi Covid-19 dilihat menjadi lebih berbahaya.

 

Beliau berkata, melihat peningkatan kes sehingga hari ini membuktikan kerajaan gagal mengawal pandemik ini.

 

“Sebab itu, saya telah berikan cabaran, sila tunjukkan seksyen mana dalam Ordinan Darurat itu yang digunakan untuk menentang Covid-19.”

 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai itu mendakwa, kerajaan hanya menggunakan pelaksanaan Ordinan Darurat untuk menggantung Parlimen kerana bimbang dengan majoriti yang diperoleh seterusnya memungkinkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) jatuh.

 

“Apa yang kerajaan perlu lakukan sekarang ialah menarik balik perintah darurat dan membuka sidang Parlimen dan perbelanjaan negara yang telah dibelanjakan mesti dibahaskan,” katanya.

 

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membayangkan negara berkemungkinan berdepan gelombang keempat penularan Covid-19 susulan peningkatan kes wabak berkenaan sejak akhir-akhir ini.

 

“Ia berpandukan kepada data yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini, yang menunjukkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-Naught (Ro/Rt) pada 11 April lalu untuk seluruh negara kembali meningkat kepada 1.06,” jelasnya.

 

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba turut menyatakan bahawa KKM mencadangkan agar aktiviti rentas negeri untuk sambutan Aidilfitri pada bulan depan ditangguh, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat.

Last modified on Monday, 19 April 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!