wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 13 ذو القعدة 1442   |   Tuesday 22 June 2021

SERI KEMBANGAN - Umat Islam diseru supaya berubah menjadi anggota masyarakat yang peka dan prihatin tentang perkembangan negara dan dunia dengan semangat yang dibawa pada bulan Ramadan.

“Menerusi semangat bulan Ramadan ini, kita perlu berubah menjadi anggota masyarakat yang peka dan prihatin tentang perkembangan-perkembangan yang sedang berlaku dalam negara, di tengah-tengah umat Islam dan dunia,” kata Presiden IKRAM, Ustaz Dr Haji Mohd Parid Sheikh Ahmad.

 

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Bicara Bina Negara (BBN) ke-10 yang bertajuk ‘Ramadan Didik Rakyat Prihatin’ yang berlangsung secara maya di Facebook Pertubuhan IKRAM Malaysia pada Sabtu.

 

Menurutnya, sepatutnya menerusi Ramadan ini, semua berubah dan berpegang dengan Islamiah yang sempurna.

 

"Bukan setakat ikut sama melihat Islam dilaksanakan, dihayati pada sesuatu bidang sahaja tetapi dalam semua bidang seterusnya, keseluruhan hidup kita perlu berkembang mengambil faktor sebagaimana Islam itu sendiri kehendaki."

 

Di peringkat yang lain, tambah beliau lagi, setiap manusia perlu terus prihatin kerana semua adalah sebahagian daripada anggota masyarakat dan negara.

 

"Kita sewajarnya prihatin, melihat Islam yang didukung sama-sama dijunjung, dipatuhi oleh semua, dihayati oleh kita, masyarakat, negara begitu juga masyarakat antarabangsa," tegas beliau lagi.

 

Dalam pada itu, Dr Parid turut menyeru supaya umat Islam menjadikan diri sebagai golongan rabbani dengan mengambil sebagaimana yang Allah SWT inginkan.

 

“Iaitu hamba-Nya yang melaksanakan tanggungjawab sebagaimana Nabi SAW berikan kepada kita. Akhirnya Islam itu tertegak di seluruh dunia sebagai hidayah, order (aturan) yang memimpin kehidupan mereka sepanjang zaman.”

 

Jelasnya, puasa dan Ramadan melahirkan insan yang prihatin terhadap halal dan haram, prihatin terhadap dosa dan pahala, prihatin terhadap apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang selain mendidik agar prihatin terhadap masyarakat sekeliling terutama golongan fakir miskin dan memerlukan bantuan.

 

Forum yang berlangsung secara maya itu menampilkan para panelis terkenal iaitu Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Timbalan Presiden Multaqa Asatiza dan Du'at Malaysia (MURSHID), Saudara Amin Idris.

 

Turut menjadi panelis adalah penulis dan perunding motivasi, Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin, sementara Pegawai Hidayah Centre Foundation (HCF), Saudara Muhammad Fakharuddin Abdul Kudos bertindak sebagai moderator.

Last modified on Monday, 03 May 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!