wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 13 ذو القعدة 1442   |   Tuesday 22 June 2021

SKUDAI - Kelab remaja IKRAMTeens Johor telah menganjurkan Projek Animasi Ramadan iaitu Ramadan Project, satu latihan kursus animasi secara dalam talian khusus untuk pelajar sekolah. 

Bertujuan menggalakkan golongan remaja mahir dalam bidang animasi seterusnya mengasah bakat mereka, projek ini telah berlangsung sejak dua bulan lalu.

 

“Seramai 13 pelajar dari seluruh Malaysia berumur 13 hingga 18 tahun telah terpilih untuk menyertai program Animasi Ramadan ini, setelah menjalani latihan dua bulan secara online,” kata Pengarah IKRAMTeens Johor, Abdul Aziz Khamaruzaman.

 

Dalam program itu, peserta diberi peluang menghasilkan animasi sendiri untuk dikongsikan dengan orang ramai.

 

“Mereka juga telah diberikan latihan yang khusus dalam talian bersama beberapa syarikat animasi terkemuka di Malaysia ini,” katanya.

 

Abdul Aziz berkata, ini adalah salah satu inisiatif bagi memupuk minat remaja dalam bidang animasi yang makin berkembang di negara ini dan beliau turut memberikan penekanan dan sangat mengambil berat akan bakat serta potensi peserta.

 

“Syarikat animasi yang terlibat dalam usaha ini ialah Creatvtoon (The Pillar of Strength), Blindspot Studios (Alif dan Sofia) serta Wau Animation (Ejen Ali),” ujarnya.

 

Dalam kesempatan itu, peluang ini digunakan sebaiknya oleh salah seorang peserta program, Siti Nor Auji Mohamad Karmaini.

 

“Saya mula membuat animasi sejak Tingkatan 3 lagi. Saya dapat belajar lebih mendalam mengenai animasi. Dalam program ini saya mengambil bahagian membuat storyboard dan animate,” katanya.

 

Ikhwan Abdul Shatar pula berkata, bahagian yang dilakukannya ialah membuat character design, animating dan menjadi voice actor bagi karakter yang bernama Kori.

 

“Pada awalnya, saya melukis secara tradisional. Kemudian, saya snap lukisan saya dan eksport gambar tersebut supaya saya boleh melukis secara digital dengan lebih mudah.”

 

Menurut Nur Nazlia Nazlan, beliau sangat bersyukur dapat memahami dan mendalami bidang ini.

 

“Saya mula belajar animasi ini melalui YouTube tahun 2015, dan tahun ini saya dapat memahami dan mendalami bidang animasi dengan bantuan salah seorang pengarah IKRAMTeens melalui Instagram.”

 

Dalam pada itu, IKRAMTeens Johor bakal mengadakan projek animasi kedua pada Disember nanti dan remaja yang berminat dialu-alukan untuk menyertainya. Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook dan Instagram IKRAMTeens Johor.

 

Industri kreatif multimedia seperti animasi dan kandungan digital dilihat paling pesat berkembang dan membangun ketika ini, malah ia menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi banyak syarikat di seluruh dunia.

 

Sumber: Didik TV 

Link:
FB IKRAMTeens Johor
Instagram IKRAMTeens Johor

Last modified on Tuesday, 11 May 2021

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!