wrapper

Berita Terkini

الإثنين 13 شعبان 1441   |   Monday 06 April 2020
Tuesday, 25 February 2020 12:52

Utamakan kestabilan negara, bukan perebutan kuasa

Rate this item
(1 Vote)

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
25 FEBUARI 2020 M / 1 REJAB 1441 H

UTAMAKAN KESTABILAN NEGARA, BUKAN PEREBUTAN KUASA

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memohon agar semua rakyat Malaysia berdoa agar negara Malaysia akan terus aman dan dapat mengatasi kemelut politik yang berlaku. 

 

Semua pihak dalam kalangan ahli politik yang terlibat disarankan agar mengutamakan kepentingan negara dan rakyat serta menjaga keharmonian hidup sedia ada. 

 

Ketidakstabilan politik ini telah menyebabkan rakyat merasa kecewa, bimbang dan tidak selesa kerana terpaksa berdepan bukan sahaja dengan keadaan ekonomi yang semakin meruncing bahkan berdepan dengan jentera pentadbiran negara yang tidak menentu. 

 

Kemelut politik semasa juga telah menjejaskan kedudukan ekonomi serta kesejahteraan perniagaan dan rakyat, termasuklah kejatuhan teruk Bursa Malaysia. 

 

IKRAM menyeru agar semua pihak yang terlibat agar berfikiran rasional dan bertindak secara bijak dalam menangani isu ini terutama dalam kalangan ahli politik.

 

IKRAM juga berharap agar rakyat Malaysia sentiasa tenang dan bersabar serta mengelakkan daripada perbalahan disebabkan perbezaan pandangan dan ideologi politik. 

 

IKRAM yakin bahawa DYMM Yang di-Pertuan Agong akan bertindak dengan adil dan bijaksana menurut Perlembagaan bagi menangani situasi yang kritikal ini seterusnya mengembalikan kestabilan negara. 

 

Sehubungan itu, IKRAM menyarankan agar kabinet kerajaan yang bakal dibentuk nanti dilantik dalam kalangan pemimpin yang kompeten dan berintegriti yang mampu memacu negara ke arah kestabilan dan kemakmuran. 

 

IKRAM turut menyarankan agar semua rakyat Malaysia terus berdoa agar kemelut ini segera selesai dan menyeru kepada umat Islam untuk mengadakan solat hajat memohon keselamatan dan kesejahteraan untuk negara Malaysia tercinta. 

 

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 734 times Last modified on Tuesday, 25 February 2020 14:56

2 Comments

  • Comment Link MD jalil bin Bongkik Friday, 28 February 2020 10:55 posted by MD jalil bin Bongkik

    Kenyataan ini tiada petunjuk yg jelas antara yg haq & yg bathil. Rakyat perlu kpd panduan bkn jln mana yg harus di sokong & di ikuti. Yg jelas dlm kemelut ini pengkhianatan terhadap mandat rakyat telah dilakukan secara tercela. Rakyat mesti bangkit menentangnya. Hingga politikus sedar bhw kuasa rakyat kuasa keramat. Allahu a'lam

  • Comment Link StepBut Tuesday, 10 March 2020 15:45 posted by StepBut

    Purple Viagra Pills generic cialis Free Shipping Acticin Where To Buy Overseas Next Day Buy Cialis Clomid Homme Fait

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!