wrapper

Berita Terkini

السبت 26 ذو الحجّة 1441   |   Saturday 15 August 2020
Sunday, 19 July 2020 11:50

Seruan Menteri Agama untuk mendidik golongan transgender wajar didukung dan digiatkan

Rate this item
(0 votes)

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
19 Julai 2020 / 27 Zulkaedah 1441H

SERUAN MENTERI AGAMA UNTUK MENDIDIK GOLONGAN TRANSGENDER WAJAR DIDUKUNG DAN DIGIATKAN

1. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyokong seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr Zulkfili Mohamad al-Bakri kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi status media sosial beliau pada 10 Julai 2020.

 

Seruan tersebut menyeru penguat kuasa agar memberikan keutamaan kepada pendekatan dengan cara yang paling berhikmah kepada golongan transgender dan bukan hanya melakukan tangkapan semata-mata.

 

2. IKRAM amat bersimpati dengan golongan yang diuji dengan masalah kecelaruan identiti dan orientasi seksual. IKRAM juga menolak segala bentuk keganasan atau cercaan terhadap mereka atau sesiapa sahaja.

 

Namun, IKRAM juga konsisten menolak segala bentuk amalan seks sesama jantina, pertukaran jantina dan seruan ke arah menjadikan amalan-amalan ini sebagai cara hidup. Perbuatan ini jelas bertentangan dengan ajaran agama dan adab timur, di samping ianya jelas bertentangan dengan fitrah kemanusiaan sejagat.

 

3. IKRAM mempunyai pandangan yang berbeza terhadap kenyataan Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) dalam laman web mereka pada 15 Julai 2020 yang mengatakan bahawa seruan YB Senator Datuk Dr Zulkifli tersebut adalah satu diskriminasi dan pencabulan hak asasi manusia terhadap golongan transgender.

 

Dakwaan tersebut adalah mengelirukan. YB Senator Datuk Dr Zulkifli sama sekali tidak menyeru penguat kuasa JAWI untuk menafikan hak asasi golongan transgender sebagai seorang manusia termasuk aspek kesihatan. Sebaliknya, beliau menyeru supaya tindakan diambil untuk mengembalikan golongan transgender kepada fitrah manusia yang sebenar.

 

4. Seruan ini adalah selaras dengan pendekatan rahmah dan berprinsip yang diajar oleh Islam. IKRAM menggesa agar ICJ dan mana-mana pihak yang berkenaan untuk menghormati sistem nilai, akhlak dan agama yang telah menjadi asas kepada pembentukan masyarakat dan undang-undang dalam negara ini dan berhenti daripada mendesak kerajaan Malaysia untuk sekian lama supaya menerima amalan seks sesama jantina sebagai amalan yang sah dan diterima dalam negara sepertimana yang mula diterima di sesetengah negara lain khususnya di barat.

 

Malaysia adalah negara berdaulat dan berhak membuat keputusan yang sesuai dengan sosiobudaya rakyatnya dan tidak perlu terikat dengan pandangan yang dipopularkan oleh masyarakat barat yang mempunyai nilai, asas kepercayaan dan pegangan yang berbeza.

 

5. IKRAM juga menyeru agar semua rakyat Malaysia khususnya kerajaan, badan-badan agama dan pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan untuk bersama-sama bersatu padu menggembleng tenaga ke arah menggiatkan lagi usaha untuk mendampingi dan membimbing golongan transgender agar dapat kembali kepada fitrah manusia yang sebenar melalui pendekatan yang holistik dalam aspek agama, psikologi, kesihatan dan sebagainya.

 

6. IKRAM sentiasa terbuka dan bersedia terlibat dalam usaha-usaha yang murni dalam membina masyarakat dan negara demi memastikan kesejahteraan kehidupan bermasyarakat dalam negara ini secara keseluruhan.

 

'Membangunkan Malaysia Negara Rahmah'

 

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 490 times Last modified on Sunday, 19 July 2020 11:59

1 Comment

  • Comment Link Royal CBD Wednesday, 05 August 2020 08:07 posted by Royal CBD

    Hi there colleagues, its enormous paragraph regarding cultureand
    completely explained, keep it up all the time.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd