wrapper

Berita Terkini

الأحد 24 رجب 1442   |   Sunday 07 March 2021
Friday, 22 January 2021 10:07

Ibu mencuri: Tindakan polis tidak teruskan kes amat dihargai

Rate this item
(1 Vote)

KENYATAAN MEDIA
IKRAM LEGAL
22 Januari 2021M / 9 Jamadilakhir 1442H

TINDAKAN POLIS TIDAK MENERUSKAN KES TERHADAP IBU YANG MENCURI KERANA KELAPARAN ADALAH AMAT DIHARGAI

IKRAM Legal menyatakan rasa penghargaan kepada pihak Polis khususnya kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal atas keprihatinan dan rasa simpati mereka untuk tidak meneruskan kes terhadap seorang ibu yang ditahan kerana kerana disyaki mencuri kek pandan, sosej dan dua (2) pek Kool Fever di sebuah pasar raya untuk anak-anaknya yang sedang dalam kelaparan pada 20 Januari 2021.

 

Kami juga memuji tindakan pihak Polis yang telah mengambil inisiatif untuk melawat keluarga si ibu tersebut dan memberikan sumbangan barang keperluan kepada mereka pada pagi 21 Januari 2021.

 

IKRAM Legal berpandangan bahawa tindakan pihak Polis tersebut adalah selari dengan konsep undang-undang yang adil, saksama dan rahmah yang mana adalah wajar untuk seseorang rakyat itu untuk dikecualikan daripada hukuman sekiranya terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa kesalahan mencuri yang disyaki dibuat tersebut adalah kerana desakan kehidupan akibat kelaparan atau kebuluran.

 

Hal ini juga adalah sepertimana yang pernah berlaku dalam sejarah Islam yang mana Sayidina Umar al-Khattab RA, khalifah Islam kedua pernah bertindak menangguhkan pelaksanaan hukuman hudud disebabkan oleh musim kebuluran pada masa tersebut.

 

IKRAM Legal selanjutnya menegaskan bahawa tindakan pihak Polis tersebut tidaklah memberi maksud bahawa seseorang itu adalah bebas untuk mencuri sekiranya lapar. Kesalahan tetap adalah kesalahan yang mana pihak Polis perlu mengambil tindakan demi menjaga keamanan dan keselamatan negera.


Namun, sekiranya selepas sisatan pihak Polis mendapati bahawa kesalahan yang dibuat tersebut adalah disebabkan oleh keperluan kehidupan yang amat mendesak, maka adalah amat wajar untuk pihak Polis menggunakan budi bicaranya untuk tidak meneruskan dengan kes tersebut dan malah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada orang yang disyaki dan/atau orang yang ditahan tersebut atas dasar kemanusiaan.

 

IKRAM Legal berharap agar semua pihak tanpa mengira pangkat, agama dan bangsa dapat mengambil contoh daripada peristiwa ini, sekali gus bersama ke arah membina Malaysia sebagai sebuah Negara yang Rahmah.

 

Marwan bin Abdullah
Pengerusi IKRAM Legal

Read 811 times Last modified on Friday, 22 January 2021 10:30

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd