Jawatan | Nama Penuh |
PENGERUSI TETAP | MOHD SUBERI BIN SALEH |
YDP | HASBULLAH ASHARI |
TYDP | AZMAN BAHARUDIN |
SU | ASMAT NIZAM ABDUL TALIB |
BENDAHARI | MOHD BORHAN SHARIAT |
P/SU | RUZINOOR CHE MAT |
KETUA WANITA | ROSHIDAH ROMLI |
AJK | NOOR AINA MAT ISA |
AJK | MOHD RAZMAN RAMZAN |
AJK | WAN AB RAHMAN KHUDZRI WAN ABDULLAH |
AJK | AHMAD FADHLI HARUN |
PEMERIKSA KIRA-KIRA | MAZLAN ABDULLAH |
PEMERIKSA KIRA-KIRA | NURAIZA MATSAH |
Pengenalan
Sayap Wanita IKRAM
Perlembagaan IKRAM Fasal 25 yang menyatakan “Jawatankuasa Pusat boleh menubuhkan Sayap Wanita dengan mengemukakan Peraturan-peraturannya untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Dewan Perwakilan Nasional”.
Selaras dengan petikan di atas, maka DPN pada persidangan ke 2 yang berlangsung pada 2 dan 3 Oktober 2010 telah meluluskan Undang-undang kecil sayap wanita IKRAM yang telah dikemukakan oleh JKP.
Tujuan Penubuhan:
Tujuan penubuhan sayap wanita IKRAM tercatat di dalam pasal 3 UUKWI, iaitu:
- 3.1 Menggembleng tenaga wanita untuk mencapai wawasan dan melaksanakan strategi IKRAM.
- 3.2 Memperjuangkan isu-isu wanita diperingkat kebangsaan dan antarabangsa serta membela hak-hak mereka seperti digariskan oleh syarak.
- 3.3 Membangun potensi dan kepimpinan wanita yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ummah.
- 3.4 Membolehkan perkongsian yang adil terhadap ruang dan peluang penglibatan, manfaat pembangunan dan sumber-sumber di antara wanita dan lelaki.
- 3.5 Mempertahan dan mengukuhkan sistem kekeluargaan Islam
- 3.6 Memainkan peranan efektif dalam membina keluarga du`at.
- 3.7 Mewujudkan wacana, menjalin hubungan dan membina gabungan di kalangan pertubuhan wanita dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan wanita.
Ciri-ciri Wanita IKRAM:
- Peduli kepada kehidupan masyarakat umum (rahmatan lil ‘alamin)
- Memperjuangkan isu-isu wanita berlandaskan pandangan syarak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa ke arah membentuk pemikiran masyarakat.
- Menjadi sumber rujukan awam untuk isu wanita.
- Terbuka kepada semua golongan wanita
- Itqan dan ihsan (Profesional )
Visi dan Misi
IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:
- Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
- Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
- Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
- Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
- Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
- Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
- Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
- Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.
Pertubuhan IKRAM Negeri Kedah,
Pusat Pendidikan Al-Azhar,
Mukim Gelong, 06000, Jitra,
Kedah Darul Aman
019-4477382
Pengenalan
Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan umat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakhbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram Israel. Nakhbah sendiri bermaksud “malapetaka atau bencana besar”. Peristiwa ini bermula dengan terlaksanaya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.
AQSA SYARIF
VISI
Menjadi peneraju dalam memperkukuhkan perjuangan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin
MISI
Mengembling sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah
MOTTO
Memperkasa Ummah – Membebaskan Al-Aqsa
OBJEKTIF
- Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia tentang isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.
- Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
- Memberi bantuan kewangan secara berterusan.
- Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan di luar negara.
AKTIVITI AQSA SYARIF
Sejajar dengan misi Aqsa Syarif, pelbagai program dan projek sudah, sedang dan akan dilaksanakan. Di antaranya ialah memberi bantuan kemanusiaan melalui penghantaran bekalan makanan, perubatan dan keperluan pendidikan. Aqsa Syarif berusaha mengumpul dana dari rakyat dan pelbagai agensi awam dan swasta di Malaysia dan menyalurkan kepada rakyat di bumi Palestin dan di kem-kem sementara di luar negara seperti di Beirut, Jordan dan Syria. Kesemua itu bermula dengan aktiviti Aqsa Syarif di seluruh Malaysia seperti melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO seumpama melalui ceramah, penerbitan media dan aktiviti ‘fund raising’.
Aqsa Syarif bertekad untuk terus membantu rakyat Palestin dengan motto “Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa“.
IKRAM Kedah
INFO - Sejarah | Jawatankuasa | Program | Hubungi
ORGANISASI - Aqsa Syarif | IKRAMteens | Wanita IKRAM |
CAWANGAN DAERAH - Kubang Pasu | Alor Star | Sungai Petani | Kulim | Baling