Perkasakan Pendidikan Anak-Anak, IKRAM Perak tawarkan program IMPAK
Written by Admin PerakBagi menyokong untuk menghasilkan warganegara yang berilmu pengetahuan dan memiliki sahsiah unggul, Pertubuhan IKRAM Negeri Perak telah melancarkan program IMPAK (Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak-Anak) di Ipoh dan Simpang Pulai. Program IMPAK adalah satu program pendidikan ibu bapa bagi membantu anak-anak dalam pembelajaran di rumah. IMPAK mengandungi sepuluh modul yang merangkumi aspek-aspek membina keyakinan ibu bapa dalam memberikan sokongan kepada anak-anak, pengurusan rumah, kemahiran belajar, kemahiran pengurusan kewangan, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran pengurusan kesihatan keluarga.
Modul IMPAK di hasilkan secara usahasama Tamil Foundation Malaysia dan Gabungan Bertindak Malaysia. IMPAK telah dilaksanakan di banyak komuniti merentasi pelbagai kaum di Malaysia dan memberikan kesan yang positif terhadap peningkatan akademik anak-anak dalam kalangan ibu bapa yang mengikuti program ini.
Di Negeri Perak, IMPAK di laksanakan oleh IKRAM Perak melalui Jawatankuasa Wanita IKRAM Negeri Perak. Perlaksanaan IMPAK dalam komuniti dilaksanakan dengan kerjasama daripada rakan komuniti setempat. Rakan komuniti yang terlibat dalam perlaksanaan IMPAK di Ipoh adalah Jawatankuasa Masjid Abdul Rahman Auf, Ipoh Perak. Manakala program IMPAK di Simpang Pulai dilaksanakan dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai.
Penyertaan ibu bapa dalam program IMPAK adalah secara sukarela dan bayaran penyertaan adalah percuma. IMPAK dikendalikan oleh jurulatih yang terdiri daripada ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia. Semua jurulatih diberikan latihan dan tauliah oleh sekretariat IMPAK Kebangsaan. Semoga program IMPAK ini akan dapat menyumbang secara positif kepada meningkatkan kemahiran dan kualiti bimbingan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak. Ini seterusnya akan dapat menyumbang kepada kemenjadian pelajar sekolah.
Sokong Kehidupan Sejahtera, IKRAM Perak lancarkan inisiatif Perak Bebas Asap Rokok (PERBAR)
Written by Admin Perak
Susulan dengan usaha berterusan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengurangkan bilangan perokok dalam kalangan rakyat Malaysia, Pertubuhan IKRAM Negeri Perak Darul Ridzuan telah mengambil inisiatif melancarkan Perak Bebas Asap Rokok (PERBAR). Bagi menjayakan usaha ini, IKRAM Perak telah mengambil usaha untuk mengadakan Bengkel Latihan Sukarelawan PERBAR pada 19hb Januari 2019.
Seramai tiga puluh sukarelawan PERBAR telah hadir mengikuti Bengkel Latihan Sukarelawan PERBAR. Dalam bengkel ini, para peserta telah diberikan latihan melalui sesi syarahan dan praktikal oleh petugas kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Objektif PERBAR adalah untuk mendidik masyarakat supaya tidak terjebak dengan gejala merokok. Strategi yang digunakan adalah melalui program pendidikan yang dilaksanakan melalui sokongan sukarelawan PERBAR. Keahlian sukarelawan PERBAR adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Penyertaan sukarelawan PERBAR boleh di buat melalui
https://chat.whatsapp.com/HaCD6lw70PhKkLE88emGPV.
JAWATANKUASA IKRAM PERAK
SESI 2018-2020
Yang Dipertua
Mohd. Fahmy bin Sarangat
Timbalan Yang Dipertua
Hj Abdul Aziz bin Wok Ghazali
Setiausaha
Zain bin Haji Mohamed
Bendahari
Dr Selamat bin Aliman
Ketua Wanita
Hajah Muzdalifah binti Mokhtadi
Penolong Setiausaha
Hj Harith Fadzilah bin Abd Khalid
Ahli Jawatankuasa
Amir bin Ismail
Dr Mokhtar bin Ismail
Hj Ghulam Muzammil bin Mohamed
Hj Kamarul Bahrin bin Mohd Radzi
Ir Dzulfida bin A Razak
Nordin bin Mohd Salem
Hj Ainol Azhar bin Jamil
Dr Balkisnah binti Shaharudin
Dr Roslizar bin Mat Ali
Dr Che Soh bin Said
Ustaz Shamsul Bahrain bin Hashim
Dr Ahmad Kamil bin Mahmood
Ustaz Mohd Norzalan bin Mohd Hassan
36A, Persiaran Halaman Ampang 6,
Halaman Ampang Mewah,
31350 IPOH, Perak Darul RidzuanTel : 019-575 0798www.facebook.com/ikramperak