PUTATAN, 03-04 April 2015 - Program Mabit Akhawat yang berlangsung selama 1 hari 1 malam telah berjaya dilaksanakan. Program ini telah diadakan di Tadika Tunas Iman, Putatan yang melibatkan seramai 22 orang.
Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya ialah tilawah 1 Juzuk bagi setiap kumpulan. Tazkirah disampaikan oleh ketua Wanita Ikram Sabah Pn Hjh Salbiha yang bertajuk Tanggungjawab Kita Terhadap Allah. Selain itu, diadakan juga pengisian rohani seperti qiamulail, witir jamaie dan solat subuh secara berjemaah serta bacaan mathurat.
Semoga program ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada semua peserta tentang tanggungjawab kita dimuka bumi ini dan sebagai hamba Allah, kita seharusnya berperanan untuk sentiasa bersedia memikul tanggungjawab yang diberikan kepada kita.
Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.
INFO - Sejarah | Keahlian | Program |Hubungi
ORGANISASI - Jawatankuasa Negeri
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .
Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sabah,
Lot 13, Tingkat 1 Blok A, Putatan Central Plaza,
Putatan, 88200, Kota Kinabalu, Sabah
Tel/Fax : 088-760391