Kenyataan Media : IKRAM Sarawak Kekal Sebagai NGO Dakwah, Tarbiah dan Kebajikan
Written by ikramswkKenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak
1 Mei 2016 bersamaan 23 Rejab 1417H
IKRAM Sarawak Kekal Sebagai NGO Dakwah, Tarbiah dan Kebajikan
Bersempena dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 yang sedang berlangsung, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Sarawak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat mengundi kepada semua rakyat Sarawak.
Merujuk kepada kenyataan media daripada IKRAM Malaysia, bertarikh 22 Julai 2015 dengan tajuk “IKRAM Kekal sebagai NGO Islam, Ahli Boleh Terlibat Dalam Parti Politik”, dengan jelas menggambarkan pendirian IKRAM sebagai sebuah NGO yang menghormati hak ahli-ahlinya untuk terlibat di dalam proses demokrasi. Ahli IKRAM boleh turut serta di dalam mana-mana parti politik pilihan mereka dengan syarat, jika mereka memegang jawatan eksekutif di dalam parti berkenaan, mereka perlu melepaskan jawatan dan tidak lagi bergerak aktif di dalam IKRAM.
Begitu juga, IKRAM Sarawak, akan terus membenarkan ahli-ahlinya untuk melaksanakan usaha dakwah dan kebajikan melalui parti politik, samada parti yang mendokong kerajaan atau sebaliknya. Sehingga kini, semua ahli-ahli yang bergiat aktif di dalam parti politik dengan memegang jawatan eksekutif atau bertanding sebagai calon, telah tidak lagi memainkan apa-apa peranan di dalam IKRAM Sarawak.
IKRAM Sarawak akan terus kekal sebagai NGO Dakwah, Tarbiah dan Kebajikan selari dengan tujuan penubuhan IKRAM. IKRAM Sarawak akan terus berkerjasama dan juga membuat teguran kepada semua pihak untuk sama-sama membawa perubahan positif kepada negeri ini dan rakyatnya, ke arah mencapai Malaysia menjadi Negara Rahmah dengan izin Allah s.w.t.
Haji Ibrahim Mohamad
Yang Di Pertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri
Seminar Keibubapaan Tekankan Kepentingan Pendidikan Ibu Bapa
Written by ikramswkKUCHING - Pada 13 Mac yang lepas, Wanita IKRAM daerah Kuching mengadakan Seminar Keibubapaan bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara.
Bertemakan 'Ibu Bapa Hebat', seminar ini menarik hampir 100 orang para peserta di sekitar Kuching dan Kota Samarahan.
Seminar ini dibimbing oleh Dr. Azlina Roszy bt Mohd Ghaffar, Pakar Konsultan Psikologi Klinikal, Hospital Pakar An-Nur dan juga Pengasas dan Pengarah Eksekutif, Pusat Psikologi dan Rehabilitasi Atfal Jannah.
Psychological First Aid Program Sulung Psikospiritual IKRAM
Written by ikramswkMIRI - Pada 5 Mac yang lepas, JK Khidmat Masyarakat Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Miri dan Psikospiritual IKRAM mengadakan program sulungnya, Phsychology First Aid (PFA) bertempat di Bilik AV, Pustaka Miri, Sarawak.
PFA disampaikan oleh Dr. Tuti Iryani Mohd Daud selaku Pakar Psikiatri Pusat Perubatan UKM. Melalui program ini, para peserta diberi pendedahan latihan asas kepada aktivis untuk menyelenggara kecemasan bencana dan kemalangan. Selain itu, para aktivis juga diberi pendedahan tentang cara mengendali emosi dan psikologi mangsa ketika berlaku bencana.
PFA ini dihadiri oleh peserta daripada pelbagai latar belakang dari Pejabat Kesihatan daerah Miri,
Khidmat Masyarakat Pasca Banjir MyCARE & IKRAM Siswa
Written by ikramswkPada 28 Februari yang lepas, seramai 15 orang aktivis IKRAM Siswa Kota Samarahan bersama-sama penduduk Kampung Tebakang Melayu terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat membersihkan kawasan Masjid Darul Takwa dan kawasan sekitarnya.
Khidmat masyarakat kali ini bertujuan untuk meringankan bebanan penduduk kampung yang terjejas teruk akibat banjir pada kali ini.
Di samping itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara aktivis IKRAM Siswa Kota Samarahan bersama masyarakat kampung tersebut.
Pada hari yang sama bertempat di Kampung Batu Kitang, lebih 20 orang sukarelawan daripada
IKRAM Sarawak
INFO - Sejarah | Hubungi Kami
ORGANISASI - IKRAM Sarawak | Wanita | Kuching | Kota Samarahan | Sibu | Bintulu | Miri
CAWANGAN - Kuching | Kota Samarahan | Sibu | Bintulu | Miri