KUCHING - Pada 24 Disember yang lepas, Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Kuching menganjurkan Bicara IKRAM bertajuk "Cintaku Pada Nabi, Apa Buktinya?" bertempat di Pejabat IKRAM Negeri Sarawak.
Program yang diadakan bersempena hari Maulidurrasul ini disampaikan oleh Ustaz Salleh bin Hamdin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Umat Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak.
Katanya, "Dengan Rasulullah SAW, kita perlu ada adab. Antaranya kita perlu perbanyakkan selawat sebagai tanda kita mengingati baginda SAW."
Masyarakat merupakan komponen penting dalam pembentukan sebuah negara. Jika masyarakat itu baik, maka baiklah sesebuah negara itu. Oleh itu, pentingnya sesebuah masyarakat dididik dengan nilai-nilai yang murni, asas agama yang kukuh serta pengetahuan yang luas.
Atas kesedaran ini Wanita IKRAM Kuching dengan kerjasama Ranting PBB Kampung Pulo Hilir dan Jawatankuasa Surau Nurul Hilal mengadakan program Wanita IKRAM bersama Masyarakat diadakan pada 20 Disember 2015 bertempat di Surau Nurul Hilal, Kampung Pulo Hilir.
Program ini disertai oleh 105 orang peserta yang terdiri daripada 53 orang peserta kanak-kanak berusia antara 7 hingga 13 tahun dan selebihnya peserta dewasa.
SIBU - Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Sibu mengadakan Perkhemahan Belia Sibu 2015 bertempat di Pantai Belawai Sibu pada 11-13 September 2015 yang lalu.
Perkhemahan yang mensasarkan belia lelaki di sekitar Sibu berobjektifkan untuk memberi kesedaran tentang peranan dan tugas setiap orang sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.
Pelbagai aktiviti yang menarik turut dilaksanakan seperti pengisian bertajuk 'Ini Sejarah Kita', 'Ini Peranan Kita', War Game, BBQ dan slot Motivasi Perubahan.
Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Sarawak 2015 - 'Menggilap Potensi, Mendidik Generasi'
Written by ikramswkMIRI - Muktamar Kepemimpinan Belia Islam (MUKIM) Sarawak 2015 melabuhkan tirainya pada 5.30 petang, 5 September yang lalu. Bertemakan 'Menggilap Potensi, Mendidik Generasi', program ini mensasarkan kehadiran belia yang berusia antara 18 hingga 25 tahun dari pelbagai institusi di sekitar Miri, Sarawak. Seramai 40 orang belia Islam dari pelbagai kementerian, jabatan, institusi dan badan bukan kerajaan di sekitar Miri yang hadir.
Program diadakan bertempat di Masjid at-Taqwa, Miri ini merupakan anjuran WAMY Malaysia dengan kerjasama HIKMAH, Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak, Unit Saudara Kita dan Masjid at-Taqwa.
IKRAM Sarawak
INFO - Sejarah | Hubungi Kami
ORGANISASI - IKRAM Sarawak | Wanita | Kuching | Kota Samarahan | Sibu | Bintulu | Miri
CAWANGAN - Kuching | Kota Samarahan | Sibu | Bintulu | Miri