Cinta Fotokopi di SMK Greenroad : Beri Pendedahan Tentang Bahaya Zina
Written by ikramswkBaru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kanak-kanak berusia 11 tahun melahirkan anak luar nikah. Tidak lama sebelum itu, Malaysia turut digemparkan dengan penemuan bayi yang dikerat kepada 15 bahagian. Ini cukup membuktikan gejala zina dan buang bayi di Malaysia semakin meruncing.
Justeru atas kesedaran ini, IKRAMTeens Kuching dan IKRAMTeens Kota Samarahan dengan kerjasama SMK Green Road menganjurkan Program Cinta Fotokopi di SMK Green Road pada 15 Ogos yang lepas. Program ini mensasarkan kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 sekolah tersebut dan dihadiri oleh 40 orang peserata.
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang bahana zina kepada para pelajar sekaligus memberi kefahaman tentang had dan etika pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Sambutan Hangat Perkhabaran Dari Gaza Bukti Warga Betong Prihatin
Written by ikramswkPada 15 dan 16 Ogos yang lepas, MyCARE Sibu telah berkunjung ke Betong bagi melaksanakan dua program perkongsian mengenai Palestin bertajuk Perkhabaran Dari Palestin. Perkongsian pertama dilakukan selepas Solat Maghrib bertempat di Masjid Jamek Betong manakala perkongsian kedua pula selepas Solat Subuh bertempat di Surau Kolej Vokasional Betong.
Saudara Fadly Bin Hasbi, salah seorang anak kelahiran Sarawak yang terpilih sebagai salah seorang peserta Misi A2G12-ER ke Gaza pada 2013 dijemput khas untuk menjayakan perkongsian ini. Pendekatan beliau yang santai namun berfokus telah berjaya menarik perhatian pendengar pelbagai lapisan usia. Kempen-kempen berkaitan Palestin seperti Back to School dan Tajaan Anak Yatim Palestin (AYP) turut menjadi antara kandungan perkongsian.
Penubuhan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) secara rasmi pada awal 2015 telah menggabungkan semua agensi-agensi di bawahnya iaitu Aqsa Syarif, Ikram4Syria, Salam Iraq, Rose2Rose, Nusantara Care(NICE) dan Palestine Centre of Excellent (PACE).
Para aktivis MyCARE sendiri telah lama terlibat secara aktif di dalam aktiviti kesukarelawanan, khidmat sosial dan misi-misi kemanusiaan sama ada melalui agensi kerajaan atau bukan kerajaan. Kini MyCARE telah melangkah lebih jauh dengan melebarkan lagi dimensi aktiviti kesukarelawanan dan kemanusiaan.
Peranan MyCARE tidak lagi terhad kepada advokasi, pengurusan dana dan bantuan ke tempat-
Peranan Warganegara ; Jadilah Warganegara Yang Mempunyai Peranan
Written by ikramswkSebagai warganegara, selain daripada kita perlu menuntut hak kita sebagai rakyat, kita harus menyedari akan peranan dan tanggungjawab kita terhadap negara.
Kita juga harus menerapkan rasa cinta akan tanah air dan bersedia untuk mempertahankannya sekiranya maruah dan keamanannya dirobek. Perasaan cinta kepada tanah air telah diperlihatkan dengan jelas oleh suri teladan sepanjang zaman, Nabi Muhammad saw, melalui peristiwa penghijrahan baginda ke Kota Madinah. Ketika hendak meninggalkan Kota Mekah, baginda memandang ke arah kota itu dan menyatakan betapa baginda sangat mencintainya.
Ternukil kata-kata baginda, melalui sabdanya;
IKRAM Sarawak
INFO - Sejarah | Hubungi Kami
ORGANISASI - IKRAM Sarawak | Wanita | Kuching | Kota Samarahan | Sibu | Bintulu | Miri
CAWANGAN - Kuching | Kota Samarahan | Sibu | Bintulu | Miri