wrapper

Berita Terkini

الإثنين 13 شعبان 1441   |   Monday 06 April 2020
Perutusan YDPN IKRAM Sarawak sesi 2020-2022
    IKRAM Sarawak, Bersedia Berkhidmat Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,   Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah mengurniakan rahmat dan nikmatNYA ke atas setiap diri
Tahniah kepimpinan baharu IKRAM Sarawak
Kepimpinan baharu Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak bagi sesi 2020-2022 telah dipilih secara undian pada Majlis Perwakilan Negeri (MPN) yang telah diadakan di Dewan Seminar, Islamic Information Center (IIC) di
THEY SEE, THEY LEARN
KUCHING – Seramai hampir 106 orang pelajar sekolah sekitar Kuching telah menerima cermin mata percuma melalui Majlis Serahan Cermin Mata Percuma, They See, They Learn di Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak pada 6 Oktober
Kunjungan IKRAM Media Sarawak ke Pejabat Suara Sarawak
  Kuching, 5 Okt 2019 (Sabtu)-Penggerak IKRAM Media Sarawak telah membuat kunjungan ke Pejabat Suara Sarawak di Metrociity Matang. Pihak IKRAM Media Sarawak berbesar hati kerana mendapat pelbagai input dari segi
Thursday, 13 February 2020 13:19

5 ciri Ketua Belia 2020 yang dicari

Written by
Rate this item
(0 votes)

Suatu ketika dahulu Soekarno pernah mengungkapkan kata-kata keramat yang menjadi panduan serta pedoman manusia.

Katanya: “Beri aku 1,000 orang tua, nescaya akan ku cabut semeru dari akarnya, beri aku 10 pemuda nescaya akan ku goncangkan dunia.”

 

Ungkapan ini menggambarkan kekuatan dan keupayaan pemuda pada setiap susuknya.

 

Malah syair Arab juga memuji insan yang bergelar pemuda. Salah satu baris syair Arab yang terkenal menyebut: “Tidak akan mendapat kemajuan sesuatu bangsa itu jika pemudanya tidak berdiri di barisan hadapan.”

 

Tidak cukup dengan itu, pemidato Iraq Earqoa binti Ali dalam siri pidatonya menyeru “Majulah, majulah ke muka wahai pemuda, majulah ke medan perang mempertahankan kebenaran.”

 

Kesemua ungkapan ini akan menjadi realiti setelah pemuda bangun daripada lena yang panjang. Oleh yang demikian, bangunlah pemuda dengan semangat yang membara memikul tanggungjawab membina negara bangsa atas lima prinsip Ketua Belia 2020.

 

Inspirasi kepada anak muda

 

Prinsip pertama ialah mampu memberi inspirasi kepada anak muda. Bagi melakukan sesuatu perkara sudah pasti memerlukan seseorang yang menjadi tulang belakang.

 

Dalam rumah tangga, kejayaan seorang ayah memimpin keluarga dibantu oleh si ibu yang menimbulkan inspirasi dalam setiap tindakan.

 

Dalam sebuah negara pula, Ahmad Boestamam dan Ibrahim Yaakub ialah pemuda yang lahir daripada gejolak semangat kebangkitan rakyat yang menuntut perubahan.

 

Akhirnya, mereka anak muda yang menginspirasikan semangat menentang penjajah suatu ketika dahulu. Begitu jugalah hari ini, dalam usaha membangunkan negara setelah lebih 60 tahun merdeka, pemuda perlu memberi inspirasi kepada negara khususnya dalam kalangan anak muda sendiri.

 

Berani menyuarakan pandangan

 

Prinsip kedua ialah berani menyuarakan pandangan dan pendapat kepada umum berkaitan isu anak muda. Negara ini didiami oleh masyarakat yang pelbagai. Ada golongan tuanya, ada golongan mudanya dan ada juga golongan remaja serta kanak-kanak.

 

Setiap lapisan masyarakat ini mempunyai kepentingan dan kehendak tersendiri. Oleh sebab itu, ketua belia harus berada di barisan hadapan dalam menyuarakan isu-isu berkaitan anak muda. Suarakan isu pendidikan, isu perumahan, isu kos sara hidup serta isu pekerjaan.

 

Semua ini perlu diangkat oleh ketua belia. Sepekara yang perlu diingat, suarakanlah pendapat menggunakan saluran yang betul. Jangan sesekali mengikut gejolak darah muda sehingga melakukan tindakan di luar landasan undang-undang. Dikhuatiri, tindakan menongkah arus mengundang badai melanda.

 

Terbuka untuk bekerjasama

 

Prinsip ketiga, terbuka untuk bekerjasama dengan pemegang taruh yang melibatkan anak muda. Ketua belia tidak harus jumud dalam menjalinkan hubungan kerjasama. Di luar sana, terdapat pelbagai pihak yang menjadi pemegang taruh terhadap isu belia.

 

Ketua belia harus pandai menggunakan ruang dan peluang kerjasama dengan para pemegang taruh demi kepentingan anak muda. Dalam bidang pekerjaan, bekerjasamalah dengan ahli-ahli korporat, persatuan sekerja, dan gabungan-gabungan bukan kerajaan.

 

Begitu juga dalam bidang pendidikan, jalinkan kerjasama dengan pihak universiti agar setiap keputusan yang dilakukan mengambil kira pandangan anak muda.

 

Dapatkan idea dan saranan mereka dalam menjaga kebajikan anak muda. Kerjasama yang erat ini akhirnya akan memberi kebaikan bukan sahaja kepada golongan anak muda malah kepada pembangunan negara.

 

Memimpin anak muda

 

Prinsip keempat, boleh merancang, mengurus, memimpin anak muda dan memberi pandangan dengan baik. Prinsip ini ialah asas dalam sesebuah kepemimpinan.

 

Ketua belia bertanggungjawab merancang program, mengurus organisasi dan memimpin setiap ahli. Ketua belia merupakan tonggak dalam melakukan sesuatu perkara tanpa menafikan penglibatan dan bantuan daripada ahli-ahli belia yang lain.

 

Contohilah kepimpinan Sultan Muhammad al-Fateh yang merupakan sebaik-baik raja dan mempunyai sebaik-baik tentera serta mampu menakluki Kota Konstantinopel (Istanbul) ketika seawal usia 21 tahun.

 

Kisah ini membuktikan hadis Nabi SAW. Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq:

 

“Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

 

Memahami kecenderungan

 

Prinsip kelima, sedaya upaya mengikuti dan memahami kecenderungan semasa anak muda. Dalam era globalisasi yang pesat dengan perkembangan teknologi, ketua belia harus bergerak seiring dengan peredaran zaman.

 

Kecenderungan anak muda terhadap teknologi dan trend semasa perlu difahami. Setiap perkara baharu perlu ditapis agar anak muda tidak cenderung dan terbabas kepada perkara-perkara negatif.

 

Apatah lagi kerancakan budaya Barat yang meluru masuk tanpa henti mahu membunuh jiwa-jiwa anak muda dengan racun hedonisme, sekularisme dan liberalisme.

 

Anak muda diserang dari setiap arah, pemikiran, pakaian, pergaulan, hiburan dan cara hidup. Jika tidak ada banteng yang kukuh, maka robohlah nilai ketimuran yang ada dalam diri anak muda.

 

Akhirnya, seorang ketua bukan berbicara mengenai kerusi empuknya, bukan juga berbicara mengenai imbuhan kepimpinannya, apatah lagi ingin diri disanjung oleh manusia.

 

Sebaliknya, seorang ketua belia harus tahu dan sedar akan beratnya tanggungjawab yang terpikul di atas bahunya. Semua tindakan perlu ditanggung sewaktu di dunia dan akan dijawab di akhirat kelak.

 

Renungkanlah hadis Nabi SAW sebagai panduan seseorang yang memimpin. Daripada Ibnu Umar, daripada Nabi SAW, beliau bersabda:

 

“Ketahuilah, setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin.

Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpin.

Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap mereka.

Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dan akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya.

Seorang hamba adalah pemimpin bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya.

Ketahuilah, setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang kamu pimpin.” (Hadis Riwayat Bukhari)

 

Mohd Hafiz Abd Hamid
Ketua IKRAM Muda Pusat

Read 675 times Last modified on Thursday, 13 February 2020 13:25

1 Comment

  • Comment Link Jannade Thursday, 26 March 2020 02:24 posted by Jannade

    Kajal Cialis Cialis Et La Fertilite buying cialis generic Antibotic Cephalexin

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
Our website is protected by DMC Firewall!