wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 2 رجب 1441   |   Tuesday 25 February 2020
THEY SEE, THEY LEARN
KUCHING – Seramai hampir 106 orang pelajar sekolah sekitar Kuching telah menerima cermin mata percuma melalui Majlis Serahan Cermin Mata Percuma, They See, They Learn di Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak pada 6 Oktober
Kunjungan IKRAM Media Sarawak ke Pejabat Suara Sarawak
  Kuching, 5 Okt 2019 (Sabtu)-Penggerak IKRAM Media Sarawak telah membuat kunjungan ke Pejabat Suara Sarawak di Metrociity Matang. Pihak IKRAM Media Sarawak berbesar hati kerana mendapat pelbagai input dari segi
Perkampungan IKRAM Muda Sarawak 2019
Kota Samarahan, 28-29 September 2019- Seramai hampir 50 orang aktivis IKRAM Muda Sarawak berkumpul di Perkampungan IKRAM Muda Sarawak selama dua hari di Dewan Suarah Kota Samarahan. Perkampungan ini melibatkan aktivis
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK 16 Muharam 1441H / 16 September 2019 SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH  Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi

Knowing Me Knowing You Beri Pendedahan Piagam Wanita Islam

Ahli_panel_untuk_sesi_soal_jawab__menampilkan_Dr._Hafidzah__Timbalan_Ketua_Wanita_IKRAM_Malaysia_Dr._Balkisnah_Ketua_Wanita_IKRAM_dan_Dr_Sadiah_Timb_KW_Sarawak_.jpgDunia hari ini secara umumnya sedang menyaksikan pemisahan perjuangan wanita yang bersifat ektrem yang terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu kelompok feminis radikal yang anti-agama dan anti-famili dengan kelompok konservatif yang pro-agama dan profamili.

Golongan feminis radikal ini berjuang atas paksi hak asasi milik individu dan kebebasan secara mutlak dan ternyata ia bertentangan dengan konsep pengabdian manusia kepada Allah SWT. Walaupun ia bersifat ekstrem dan bertentangan dengan konsep pengabdian manusia kepada Allah, ternyata ia berjaya menarik minat generasi muda yang amat sensitif dengan hak asasi dan kebebasan ini. Read more...

Program IKRAM Junior 15-18 Mei Yang Lepas

Antara_yang_terlibat_bagi_menjayakan_Little_Caliph_Camp.jpg

IKRAM Junior Kuching mengadakan program Kem Aulad Bestari pada 18 Mei 2015 bertempat di Surau Hidayatul Rahman, Kampung Gersik Kuching. Bertemakan 'Kehebatan Saidina Umar al-Khattab', Kem Aulad Bestari ini berjaya menarik seramai 142 orang peserta daripada kalangan kanak-kanak sekitar yang berusia enam hingga ke 12 tahun.

Pada 15 Mei hingga 17 Mei pula, IKRAM Junior Bintulu dengan kerjasama Madrasah al-Quran dan Jawatankuasa Kemajuan Islam MLNG turut mengadakan program 'The Little Caliph Camp' bertempat di Madrasah al-Quran Bintulu. Ia disertai seramai 80 orang peserta dan bertemakan 'Islam Super, Aulad Power'. Read more...

i-Bantu Bintulu Prihatin, Anjur Jualan Amal untuk Mangsa Banjir

Pakaian-dan-barangan-yang-akan-dijual-telah-ditapis-terlebih-dahulu-agar-menepati-cita-rasa-pengguna-1024x576.jpg

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan kejadian banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia terutamanya di Pantai Timur.Banjir yang berlaku kali ini amat luar biasa dan dahsyat berbanding banjir-banjir yang pernah berlaku sebelum ini. Ramai keluarga yang terjejas teruk disebabkan banjir ini dan sangat memerlukan sokongan daripada pelbagai aspek termasuklah aspek psikologi, sosial dan fizikal untuk bangkit dan memulakan kehidupan baru.

Justeru, Jawatankuasa Khidmat Masyarakat (i-Bantu) Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Bintulu mengadakan Jualan Amal Barangan Terpakai di Bintulu Car Boot Sale pada 4 dan 11 Januari yang lepas bagi mengumpul dana bagi mangsa yang terjejas kerana banjir. Jualan diadakan di Terminal Bas 1 Malaysia Bintulu. Read more...

Riadhah Mahasiswa Institut Kemahiran MARA

Mahasiswa_aset_penting_untuk_transformasi_sosial.jpg

'Berikan aku 10 mahasiswa, nescaya aku akan menggoncang dunia'.

Begitulah kata-kata Presiden Soekarno yang menggambarkan betapa besarnya pengaruh mahasiswa dalam menggerakkan perubahan dalam masyarakat.

Namun, apa yang kita lihat realiti pada masa kini, mahasiswa terbelenggu dengan skop pemikiran yang sempit serta jati diri yang lemah.

Justeru atas kesedaran ini, Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Bintulu mengadakan program Riadah Mahasiswa Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu. Read more...

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
Our website is protected by DMC Firewall!