wrapper

Berita Terkini

الجمعة 5 رجب 1441   |   Friday 28 February 2020
THEY SEE, THEY LEARN
KUCHING – Seramai hampir 106 orang pelajar sekolah sekitar Kuching telah menerima cermin mata percuma melalui Majlis Serahan Cermin Mata Percuma, They See, They Learn di Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak pada 6 Oktober
Kunjungan IKRAM Media Sarawak ke Pejabat Suara Sarawak
  Kuching, 5 Okt 2019 (Sabtu)-Penggerak IKRAM Media Sarawak telah membuat kunjungan ke Pejabat Suara Sarawak di Metrociity Matang. Pihak IKRAM Media Sarawak berbesar hati kerana mendapat pelbagai input dari segi
Perkampungan IKRAM Muda Sarawak 2019
Kota Samarahan, 28-29 September 2019- Seramai hampir 50 orang aktivis IKRAM Muda Sarawak berkumpul di Perkampungan IKRAM Muda Sarawak selama dua hari di Dewan Suarah Kota Samarahan. Perkampungan ini melibatkan aktivis
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK 16 Muharam 1441H / 16 September 2019 SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH  Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi

THEY SEE, THEY LEARN

KUCHING – Seramai hampir 106 orang pelajar sekolah sekitar Kuching telah menerima cermin mata percuma melalui Majlis Serahan Cermin Mata Percuma, They See, They Learn di Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak pada 6 Oktober 2019 yang lalu. Terdapat 6 buah sekolah terlibat dalam majlis ini iaitu SK Encik Buyong, SK Gersik, SK Matu Baru, SK Astana, SK Pasir Pandak dan SK Combined.

Program ini bertujuan untuk membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan yang mempunyai masalah rabun mata untuk mendapatkan sepasang cermin mata tanpa mengira bangsa dan agama. Menurut Yang Dipertua IKRAM Sarawak, Ustaz Salleh Hamdan, ini merupakan kali ketiga program ini diadakan. Beliau juga berkata, objektif majlis ini ialah untuk membantu pelajar kearah keberkesanan pembelajaran kerana pentingnya penglihatan yang jelas untuk fokus dlm proses pembelajaran.

Majlis ini telah diuruskan oleh Yayasan IKRAM Malaysia Bersama i-Bantu Kuching dan Eyesight Optic. Melalui dana-dana dan hasil sumbangan orang ramai dan individu-individu yang terlibat yang telah diamanahkan kepada Yayasan IKRAM, majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Beberapa jabatan kerajaan juga turut serta untuk menyokong usaha ini.

Semoga dengan penyerahan cermin mata ini memberi manfaat kepada pelajar yang mempunyai masalah rabun mata untuk lebih focus dan berusaha untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.

Read more...

Wanita

waanan.png

Read more...

IKRAM Sibu Bersama Masyarakat Kampung Penipah

Program_Kem_Aulad_Bestari_di_Kampung_Penipah.jpg

Wanita IKRAM Sibu dengan kerjasama pasukan Klinik bergerak iMARET Sarawak dan MyCare Kawasan Sibu mengadakan program bersama masyarakat bertempat di Penipah, Daro. Program yang berlangsung pada 24 hingga 25 Disember 2016 ini dihadiri 163 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang umur, termasuk dewasa, remaja dan kanak-kanak.

Menurut penganjur, program ini diadakan untuk merapatkan ukhuwah di antara penganjur dan masyarakat kampung di samping menyampaikan beberapa mesej kesedaran berkaitan kesihatan, kemanusiaan, kanak-kanak dan gejala sosial pada masa kini. Justeru, pelbagai aktiviti diadakan bersama masyarakat di sini. Antaranya, ceramah kesedaran tentang penyakit kelamin dan seks bebas yang disampaikan oleh Dr. Siti Mariam Abu Hussain, daripada iMARET Sarawak. Ceramah Mothers Against Pornography turut diadakan bagi memberi kesedaran tentang gejala pornografi yang kian menular dalam masyarakat masa kini.

Ceramah kemanusiaan turut disampaikan oleh Ustaz Izzat Syafiq, mewakili MyCARE kawasan Sibu. Beliau dalam ceramahnya menekankan tentang isu pergolakan yang sedang berlaku di Rohingya, Aleppo dan Syria yang perlu mendapat perhatian semua. Turut diadakan, saringan kesihatan, Kem Aulad Bestari untuk kanak-kanak serta sumbangan Back2School. Melalui program Back2School ini, sumbangan bantuan persekolahan disampaikan kepada beberapa orang murid-murid yang layak dan terpilih dari Sekolah Kebangsaan Penipah.

Pertubuhan IKRAM Malaysia merupakan badan bukan kerajaan yang berpaksikan tarbiah, dakwah dan kebajikan sentiasa komited dalam menyantuni masyarakat daripada pelbagai aspek. Orang ramai dijemput untuk turut serta dalam program-program anjuran IKRAM pada masa akan datang. Selain itu, sokongan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program-program ini sangat dialu-alukan. Perkembangan dan maklumat berkenaan IKRAM Sarawak boleh diikuti di laman sesawang http://ikram.org.my/v4/negeri/sarawak.html dan fb Ikram-Sarawak.

Read more...

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
Our website is protected by DMC Firewall!