Program Mabit Kakitangan Hira telah diadakan pada 14 Mei 2015 (Khamis) di Sek Ren Islam Hira.
Kandungan program termasuk Ceramah bertajuk Mencintai Allah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Muhaimin Sahar dan program riadhah iaitu acara memanah dan tazkirah.
Kursus Latihan Keselamatan dan Pengendalian Bot iBantu IKRAM Selangor Bersama Alucast (Persatuan Memancing Malaysia)
Tempat: Tasik Biru Kundang, Rawang
Tarikh: 24 Mei 2015 (Ahad) Waktu: 8:30 pagi - 1:30 tengahari
Kursus latihan melibatkan seramai 30 peserta dari iBantu Selangor, 5 orang fasilitator dan 5 bot untuk simulasi. Kandungan latihan termasuk langkah-langkah keselamatan dan pengurusan bot untuk penghantaran barang-barang keperluan asasi dan ubatan ke kawasan yang dilanda banjir.
Program ini dirasmikan oleh YDP IKRAM Negeri Selangor, Ustaz Shamsul Maarif Ismail.
Turut sama semasa kursus ialah Saudara Azuan, iaitu Presiden Alucast.
Program Tadrib Aktivis Belia Remaja Ikram (TABRI)
Written by Admin Selangor
Program Tadrib Aktivis Belia Remaja Ikram (TABRI) merupakan satu program latihan untuk penggerak belia dan remaja Ikram mula diperkenalkan pada tahun 2013 oleh Unit Latihan Jawatankuasa Belia Remaja Pusat dan Jawatankuasa Tarbiah Pusat. Objektif program ini adalah untuk memberikan satu latihan dan kerangka pemikiran bagi merancang program pembangunan belia dan remaja.
Bagi meluaskan pelatihan TABRI ini kepada lebih ramai penggerak belia remaja Ikram, TABRI telah diperturunkan ke peringkat Zon. Zon Tengah menggabungkan Selangor dan WPKL Siri 1 bermula pada 26 April 2015 bertempat di Pejabat Ikram Pusat.
Seramai 77 orang peserta dari Ikram Selangor dan WP Kuala Lumpur telah menyertai Siri 1 ini. Perasmian telah disempurnakan oleh Naib Presiden Ikram, Hj Shahrulaman Shaari, yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Remaja Pusat.
Segmen Rahmah di Radio Bernama
In sha Allah & alhamdulillah segmen Rahmah akan bermula pada 9/3/15 pukul 6.15 pagi dan diulang pada pukul 7:40 petang setiap hari dari Isnin hingga Jumaat....
Hebahan IKRAM Selangor
Facebook IKRAM Selangor
Ikram Selangor
<div id="fb-root"></div>
<script>(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = "//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3";
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, 'script', 'facebook-jssdk'));</script>
<
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .
Hubungi IKRAM Selangor
Pertubuhan IKRAM Malaysia Selangor
Pejabat IKRAM Selangor (PISel)
No 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Email: [email protected]