22/5/2015 Jumaat, IKRAM MyCare Kuala Terengganu telah membuka booth jualan tiket di Sabasun Gong Badak dan Sabasun Bandar untuk KOnsert Plastine yang akan berlangsung di Stadium tertutup Gonng Badak Kuala Terengganu pada 30/5/2015. Sesiapa yang mahu membeli tiket konsert boleh ke Sabasun. InsyaAllah booth jualan tiket akan dibuka dari hari ini jumaat hingga khamis (5 - 10 pm). Boleh juga telefon U Munawwar Mohd 0139273557.
Karnival Palestin anjuran MYCARE Cawangan Negeri Terengganu. Tarikh 29-30 Mei 2015 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Terengganu.
IKRAM Terengganu bersama GB sekolah-sekolah MUSLEH
Written by Super User28 April 2015, Ikram Terengganu meraikan pengetua2 & GB sekolah sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH di Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu.
Pada 24 April 2015, berlangsung Seminar Hak-hak Wanita dalam keluarga Islam di Dewan Yayasan Pembangunan Keluarga(YPK), Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Wanita IKRAM Terengganu.
Alhamdulillah seminar ini sangat berjaya dengan kehadiran 210 peserta melebihi sasaran awal seramai 180 sahaja. 70% peratus peserta adalah dari orang awam.
Seminar telah disampaikan oleh Pn Sazira bt Abdul Aziz, peguambela, penguamcara & peguam syarie, JK Syariah dan Undang-undang Wanita IKRAM Pusat dan En Ahmad Najib b Mohd, Pegawai Penyelidik Mahkamah Syariah, Kuala Terengganu.
IKRAM Terengganu
INFO -Sejarah | Hubungi
ORGANISASI - Jawatankuasa Negeri | JK Kuala Terengganu | JK Kemaman | JK Dungun | JK Besut
DAERAH - Kuala Terengganu | Kemaman | Dungun | Besut
GALERI FOTO- Aktiviti Masyarakat | Belia | Remaja | Dakwah | Tarbiah