Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) IKRAM utk sesi 2014 - 2015 telah selamat bersidang di Yayasan Pembangunan Keluarga, Kuala Terengganu semalam,25 April 2015.
Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Burhanuddin bin Lukman, Ahli Jawatankuasa IKRAM Pusat merangkap Ketua Sekteriat Ulama.
Selaku Setiausaha IKRAM Negeri Terengganu, saya mengucapkan jazakallahu khairan Kathira kepada semua Perwakilan drp semua Daerah yang telah membahaskan Laporan tahunan dan Laporan Kewangan serta perbahasan usul yg akhirnya membawa kepada satu keputusan bersama.
Semoga IKRAM terus maju kedepan dan mampu membuat pengislahan berdasarkan Peta Strategik yg telah dirangka bersama dengan slogan 'Menuju Malaysia Negara Rahmah' dan dengan semangat Ukhuwah Teras Kegemilangan.
Muzahar Hitam
SU IKRAM Negeri Trg.
Program anjuran JK Belia dan Remaja Negeri Terengganu sempena cuti sekolah.
Tahniah kepada semua peserta Siri Tamrin Remaja Soleh (STARS) yang telah mengikuti program ini bermula petang semalam, 19 Mac 2015. Program ini adalah siri pertama yang berjaya dikendalikan untuk tahun ini.
Antara slot pengisian adalah Ana Khalifah Muda, Membawa Remaja ke Syurga dan Ana & Perubahan yang telah disampaikan oleh Tn Hj Fakhrul Anuar b Zulkawi, Pengerusi JKBR IKRAM Terengganu. Sepanjang program ini peserta dibimbing untuk mentadabbur ayat-ayat Al-Quran dan mengambil hikmah yang besar daripadanya.
Harapan kami agar adik-adik ini diberikan kekuatan untuk membangun dan memperbaiki diri seterusnya membawa perubahan yang positif di kalangan lingkungan mereka.
Syabas juga diucapkan kepada ibubapa yang telah menghantar anak-anak ke program ini. Semoga momentum kesedaran ini terus dibangkitkan dengan amalan yang istiqomah.
Alhamdulillah, Hari Terbuka IKRAM Kemaman 2015 telah pun melabuhkan tirainya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kemaman, En Mohd Azmi b Mustafa. Turut disempurnakan pelancaran Program Semarak Ramadan 2015 dan Dana Pembangunan Al-Amin Kerteh.
1500 orang pelajar mengikuti pengajian di sekolah-sekolah ini iaitu SRI Al-Amin Kerteh, SRI Al-Amin Chukai dan SMI Al-Amin Kemaman. Disamping itu usaha untuk membina bangunan sekolah tambahan sedang dilancarkan di kedua-dua buah sekolah di Kerteh dan Chukai.
Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang telah hadir dan semua ahli yang telah menyumbang dalam menjayakan majlis ini.
20 Mac 2015 (Jumaat) Program Ramah Mesra bersama Presiden IKRAM, Ust Dr. Parid Sheikh Ahmad dengan ahli IKRAM Negeri Terengganu. Program berlangsung di Dewan Felda Negeri Terengganu, Kuala Terengganu bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada 12.00 tengahari. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi komitmen dalam program yang dianjurkan.
IKRAM Terengganu
INFO -Sejarah | Hubungi
ORGANISASI - Jawatankuasa Negeri | JK Kuala Terengganu | JK Kemaman | JK Dungun | JK Besut
DAERAH - Kuala Terengganu | Kemaman | Dungun | Besut
GALERI FOTO- Aktiviti Masyarakat | Belia | Remaja | Dakwah | Tarbiah