Street Raya IKRAM Santuni Golongan Miskin Bandar
Written by Musyirah Hanan Zulkarnain"Alhamdulillah, bukan akak nak bangga, tapi Qistina ni antara anak akak yang rajin belajar. Walaupun kami hidup susah, tapi akak pastikan dia dapat pergi ke sekolah. Dekat kelas pun dia dapat no 6. Dan no 9 daripada satu batch", semangat Kak Liza (bukan nama sebenar) bercerita perihal anaknya.
Bertempat di Alka Ria textile, Jalan TAR semalam 4 Ogos 2016 telah berlangsung program Street Raya, aktiviti bersama gelandangan.
Kenyataan Media IKRAM Wilayah Persekutuan
Bendung jenayah di Kuala Lumpur melalui peningkatan kawalan keselamatan secara bersepadu bersama masyarakat
IKRAM Wilayah Persekutuan memandang berat atas kejadian pembunuhan yang berlaku berhampiran Setapak Sentral pada 27 Julai 2016. Kejadian ala mafia ini mempamerkan bahawa penjenayah semakin berani melakukan jenayah di khalayak ramai. Pada tahun 2016, kejadian pembunuhan menggunakan senjata api semakin meningkat dengan Wilayah Persekutuan sahaja mencatatkan 5 kejadian semenjak awal tahun.
Fahami Peranan Disebalik Kurniaan - Dr. Adeeb Hayyan
Written by Akmal FadhilSabtu, 2 Julai 2016 - "Selalulah beringat: Allah memberi aku kurniaan ini, pasti aku ada peranan untuk menyumbang kepada ummah", pesan Dr. Adeeb Hayyan dalam Perhimpunan Ramadhan IKRAM Wilayah Persekutuan (PERAWI) siang tadi.
Sempena Hari Bapa, IKRAM WP Gesa Martabat Peranan Bapa
Written by Profesor Dr. Sahrim Hj. AhmadSempena sambutan Hari Bapa pada tahun ini, IKRAM Wilayah Persekutuan (IKRAM WP) mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa dari pelbagai latarbelakang di Malaysia.
Walaupun penghargaan terhadap kaum bapa tidak terhad kepada Hari Bapa sahaja, pada kesempatan ini, IKRAM WP terpanggil untuk mengambil perhatian kaum bapa khususnya dan masyarakat secara umumnya untuk untuk merenung kembali peranan bapa dalam menentukan kejayaan sesebuah institusi keluarga.
IKRAM Wilayah
INFO - Sejarah | Hubungi
MEDIA - Facebook | Youtube
IKRAM DAERAH - Bandar Tun Razak | Batu | Lembah Pantai | Setiawangsa | Putrajaya