wrapper

Berita Terkini

الجمعة 26 رمضان 1442   |   Friday 07 May 2021
Wednesday, 21 April 2021 10:16

Islahiyyun perlu cekal menegur penguasa yang zalim

Rate this item
(0 votes)

Semalam 8 Ramadan, ketika membaca Juzuk 8 daripada al-Quran, tertarik dengan ayat 123 Surah al-An'aam:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا فِى كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَٰبِرَ مُجْرِمِيهَا لِيَمْكُرُوا۟ فِيهَا وَمَا يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

"Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain daripada dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya."

 

Dalam ayat ini Allah SWT berfirman yang mafhumnya, dalam tiap-tiap negeri, Dia mengadakan orang-orang besar yang jahat yang akan melakukan tipu daya di negeri tersebut.

 

Namun Allah SWT juga menjelaskan bahawa tipu daya yang mereka lakukan akan kembali kepada mereka dan akhirnya mereka yang akan memperolehi akibat buruk daripada tipu daya tersebut, sedang mereka tidak menyedarinya.

 

Apa yang Allah SWT sebut ini adalah sesuatu yang tabii dan ‘normal’, iaitu dalam mana-mana negeri akan ada pembesar atau penguasa yang jahat yang akan melakukan tipu daya dan putar belit yang akhirnya akan merosakkan diri mereka sendiri selain merosakkan negeri.

 

Mereka ini biasanya tidak sedar tentang kerosakan yang mereka lakukan. Malah mereka perasan dan selalu akan sebut bahawa mereka sedang melakukan kebaikan, seperti mereka mahu membangunkan negara, mereka ikhlas mahu menjaga keselamatan negara, mereka hanya berminat untuk mempertahankan kepentingan rakyat dan sebagainya.

 

Di sinilah para ‘islahiyyun’ perlu memainkan peranan, menegur penguasa dan mendidik rakyat agar tidak terpedaya dengan tipu daya penguasa.

 

Pengajaran ayat:

 

1. Wujudnya penguasa yang jahat dan melakukan tipu daya dalam negeri adalah sunnatullah dalam kehidupan ini.

 

2. Akhirnya keburukan daripada kejahatan tersebut akan kembali kepada mereka.

 

3. Biasanya para penguasa ini tidak sedar yang mereka sedang melakukan kerosakan, maka tanggungjawab para islahiyyun untuk menegur dan membetulkan keadaan.

 

Marilah bersama-sama kita berusaha menjadi golongan islahiyyun yang memainkan peranan seperti para anbia pada zaman mereka.

 

Golongan islahiyyun akan bertindak untuk menegur penguasa yang zalim dengan ucapan, penulisan dan mungkin juga secara unjuk rasa bagi mengingatkan para penguasa akan keterlanjuran-keterlanjuran mereka.

 

Golongan islahiyyun juga perlu memainkan peranan untuk mendidik rakyat agar rakyat faham akan tipu daya penguasa dan tidak mudah diperbodohkan oleh penguasa yang jahat. Rakyat perlu dibebaskan daripada menjadi hamba penguasa dan dapat hidup bebas merdeka sambil mempertahan jati diri mereka.

 

Yang menjadi cabaran kepada golongan islahiyyun ini adalah bila mana para penguasa tidak menyedari akan kerosakan yang sedang mereka lakukan, malah mereka mempertahankan pula tindakan mereka atas alasan demi menjaga kepentingan negara dan rakyat.

 

Namun golongan islahiyyun yang mewarisi tugas para anbia perlu terus ‘tsabat’ dan cekal untuk meneruskan usaha pengislahan. Jika golongan islahiyyun mundur ke belakang, nescaya negara akan terus menuju kehancuran.

 

Semoga refleksi 8 Ramadan ini menjadi iktibar kepada kita semua untuk terus berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dalam apa keadaan sekalipun.

 

Nahar Md Nor
Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM

Read 182 times Last modified on Thursday, 22 April 2021 11:57
More in this category: « Syarat-syarat mencapai kemenangan

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd