wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 13 ذو القعدة 1442   |   Tuesday 22 June 2021
Thursday, 06 May 2021 11:52

Bersedekahlah, Allah akan ganti!

Rate this item
(0 votes)

Sepanjang bulan Ramadan, selain daripada kewajipan berzakat fitrah, kita amat digalakkan untuk bersedekah. Sedekah akan merapatkan hubungan antara yang kaya dan miskin.

Namun ramai yang masih berkira-kira apabila hendak bersedekah. Sifat sayang kepada harta menyebabkan kita sukar untuk melepaskannya. Dalam ayat 39 Surah Saba', salah satu surah dalam Juzuk 22, Allah menyatakan, yang membawa maksud:

 

وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ

"Apa sahaja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya."

 

Ini adalah janji dan firman Allah SWT, bukan kata-kata hikmah atau pandangan pakar. Sebelum itu, dalam ayat yang sama, Allah SWT menyatakan bahawa Dia memberi kelapangan rezeki (memewahkan) kepada sesiapa yang dikehendaki dan menyempitkan bagi sesiapa yang dikehendaki.

 

Ini yang Allah janjikan. Jika kita infak harta kita, Allah akan menggantikannya. Infak adalah segala perbelanjaan bagi mencapai keredaan Allah SWT. Ini termasuklah perbelanjaan memberi nafkah kepada keluarga dan sedekah kepada kaum kerabat, perbelanjaan bagi kebajikan masyarakat serta perbelanjaan bagi menegakkan amar makruf nahi mungkar.

 

Infak ini perlu kepada latihan. Semua orang sayang harta. Nak memberi harta yang kita sayangi itu perlu mengatasi halangan psikologi, jiwa dan emosi (emotional and psychological barrier).

Mula-mula nak menyumbang RM1 pun rasa berat. Kemudian naik sikit kepada RM5, seterusnya RM10, seterusnya RM50, RM100 dan akhirnya RM1,000 atau lebih, sudah tidak sukar lagi kerana sudah dapat atasi halangan emosi dan jiwa. Ini semua perlukan latihan, iaitu latihan untuk melepaskan harta yang kita sayangi.

 

Apa yang Allah SWT sebut dalam ayat ini boleh dijadikan pemujuk hati... "Insya-Allah, Allah akan ganti," juga "Tak ada orang yang menjadi miskin kerana bersedekah."

 

Pengajaran ayat:

 

1. Lain orang lain rezekinya; ada yang Allah SWT beri kelapangan rezeki dan ada yang Allah sempitkan. Ini hakikat kehidupan dan sunnatullah. Kita hendaklah berusaha bagi mendapatkan kelapangan rezeki.

 

2. Dalam apa keadaan sekalipun, kita harus peruntukkan sejumlah tertentu untuk infak harta kita pada jalan Allah.

 

3. Allah SWT menjanjikan harta yang diinfak akan diganti.

 

4. Usaha untuk infak perlu kepada latihan sehingga kita dapat mengatasi halangan jiwa (emotional barrier) sayangkan harta dan dapat infak dalam jumlah yang bermakna banyaknya.

 

Pada malam 10 akhir Ramadan ini, marilah kita berinfak pada setiap malam kerana salah satu malam akan jatuh pada lailatulqadar. Amalan infak akan memastikan tidak ada anggota masyarakat yang terabai. Yang susah dan miskin akan terbela. Masyarakat akan dapat hidup dalam suasana kasih sayang dan harmoni.

 

Wahai Allah, janganlah kamu tambatkan hati kami kepada harta dunia yang tidak dapat dibawa ke alam sana.

Amin! Sekian catatan 22 Ramadan.

Nahar Md Nor
23 Ramadan 1442H

Read 148 times Last modified on Thursday, 06 May 2021 12:00
More in this category: « Bulan mendidik jiwa, meraih takwa

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!